Followers

Monday, December 16, 2013

Kita tak akan makan Mc'D lagi...

Salam pagi Isnin...
Perkongsian nih dah lama Su nak tulis tp asyik tertangguh, maklumlah penyakit "kemalasan melampau" melanda sejak akhir2 nih..pening sana, pening sini..harap2 cepatlah berakhir, nk jadi insan rajin semula..insan yg tak reti dok diam..rindu nak buat semua kerja..alih perabot sana..alih perabot sini..mop lantai..menjahit..tanam bunga..ishhhh byk benar kerja2 yg tak boleh buat sekarang.

Baru2 nih Su sekeluarga menghantar kakak ke Ipoh untuk sertai motivasi. Selepas menghantar kakak Su sempatlah ronda2 sekitar Ipoh...habis semua jalan Jay masuk..dan yang lawaknya..stadium hoki pun ditunjuknya. Maklumlah hoki kan dah jadi macam darah daging Jay..byk nostalgia dia kat stadium hoki tuh so Su ikutkan ajer..tp siap warning.."Abg Su tak mahu turun tau..tgk dari luar ajer".

Dah puas pusing2..Su ajak Jay berhenti kat mana2 tempat sbb dah boring dok dalam kereta. Sempatlah kami ke Ipoh Parade. Terkejut juga Su..ramainya Cha Ya Nun Alif..tak rasa mcm kat Malaysia dah..kebetulan ada promosi Astro kat situ..tapi...mc pun terpaksa guna bahasa cina. Memandangkan Ipoh Parade dah macam berada kat China, Hong Kong atau Macau..maka Su pun ajak Jay keluar...pening kepala + sedikit kesal..Oh Malaysiaku..malas citer panjang kang mcm racist plak..walaupun dalam hati nih macam nak nyatakan sesuatu...

Memandangkan perut pun dah lapar Su ajak Jay cari tempat makan..Jay pun tak tahu nak makan kat mana..kalau dulu Ipoh terkenal dgn Nasi Ganja tp kali nih mmg Su tak singgahlah..sbb rekod dah kena tutup sbb kebersihan maka Su takkan menyerah diri ke situ..walaupun "famous".

Pusing punyer pusing kami nampak Jusco..okeylah kita cuba cari food court kat dalam tuh..adeihh lega rasa..lagipun kat food court tu ada playground..bolehlah Ammar dan Zahra, main kat situ..maklumlah budak2 duduk dalam kereta lama2 satu seksaan utk mereka..bila dapat bermain apalagi lepas geramlah merea berdua.

Lepas makan dan jalan2 kami buat keputusan utk keluar dari Jusco..Jay pimpin Ammar dan Su pimpin Zahra. Jay jalan kedepan sedikit dari kami..tetiba..Zahra nampak Mc'D..masa tuh ada promosi Hello Kitty..Zahra dah mula merengek..
"adik nak Hello Titti..adik nak Hello Titti" puas Su memujuk tapi Zahra tak mahu berganjak.
memandangkan Zahra masih kecil dan sukar nak faham, Su terpaksa akur..dgn berat langkah dan berat hati Su melangkah masuk ke Mc' D...

Ya Allah dah lama Su tak beli Mc'D sbb kami sekeluarga boikot Mc'D dan product2 yg menyumbang kepada Israel laknatullah. Walaupun nampak kecil tapi demi rasa kasih dan sayang kami pada rakyat Palestine kami memboikot secara berterusan..tapi..akhirnya demi permintaan anak kecil yg tak tahu apa2 Su terpaksa melupakan sekejap boikot tuh..
"Okey..beli Hello Kitty shj, tak perlu beli makanan" bisik hati Su.

Semasa beratur Su nmpak Jay dan Ammar masuk..cepat2 Su bgtau Jay, Zahra nak Hello Kitty shj.
Ammar plak tgk Su dgn muka pelik dia..pelik dia tetiba mama masuk McD setelah sekian lama memboikot. Sampai di kauter..barulah Su tahu..jika beli set lagi untung berbanding hanya beli toys shj..so su pun beli set..satu untuk Ammar dan satu untuk Zahra..terpaksalah beli dua sbb tak mahu mereka berebut. Selepas habis urusan jual beli kami pun terus bergerak ke kereta.

Actually Su terpaksa menunggu Along (kakak Jay) dan Mama sampai dari Teluk Intan..So kami berhentikan kereta berdekatan Petronas. Su buka nugget McD yg Su beli tadi dan hulurkan pada Ammar.

Tetiba Ammar bertanya
" Mama, boleh makan ke?, halal ke?"
" Boleh Abang, McD nih halal dimakan cuma kita boikot jer sbb sayang saudara Palestine kita"
"Abang tak nak lah mama, abang kesian kat Palestine"
"Mama minta maaf, mama terpaksa beli sbb adik dah merengek tadi, lepas nih kita tak makan lagi"
Akhirnya Ammar akur dan ambil nugget tuh..

Tetapi..tetiba Su rasa betul2 tersentuh sbb sebelum makan Ammar sempat berdoa..

" Maafkan abang  Palestine..abang janji tak makan lagi, hari nih ajer..abang janji abang tak makan lagi"...sblm makan byk kali juga dia confirmkan dgn Su..boleh ke mama?..Su angguk ajer..

Su dan Jay senyum ajer masa tuh..senyum bukan sbb suka anak makan McD..tapi senyum sbb Ammar kuat pendirian ttg boikot nih..dulu Su pernah bawa dia ke ceramah Aqsa Syarif..mulai dari ceramah tuhlah dia mula boikot.

Semoga semangat Jihad sentiasa ada di jiwa anak2..InsyaAllah.
Maafkan mama kerana kadangkala mama juga tewas dan hati nih tak sekuat mana.
"Kita tak akan makan McD lagi..InsyaAllah.







Saturday, November 16, 2013

Pengalaman di masukkan wad di Hospital Serdang

Su nak ceritakan pengalaman Su kali pertama di masukkan ke wad di Hospital Serdang.
Su sakit apa?..sakit biasa2 ajer..malaslah nak hebahkan penyakitnya tapi adalah kaitan
dengan kandungan nih.

Pada hari Jumaat 8/11/2013 Su telah berjumpa doktor di Putrajaya. Su diarahkan dimasukkan ke wad di Putrajaya. Su di minta mendaftar di kaunter kemasukkan wad di Jabatan Hasil. Tetapi malangnya wad O&G dah penuh. Su di minta tinggalkan no tel dan pulang ke rumah dulu, jika ada katil yang kosong mereka akan call Su. Alhamdulillah, hikmah dari ketiadaan katil Su dapatlah pergi ke SRA untuk tandatangan report card anak2..lihat perancangan Allah..dalam susah hati Allah bagi kita gembira. Seronok tau dapat berjumpa dengan ustazah bertanya perkembangan anak2. Tunggu punya tunggu sampailah hari Sabtu 9/11/2013 masih tiada panggilan dari Putrajaya.

Satu lagi hikmah yang Allah s.w.t bagi dari ketiadaan wad..dapatlah Su menghadiri Acara Sukan tahunan di Sekolah kakak..kebetulan kakak masuk perbarisan unit beruniform, Su pula di minta menjadi juri pertandingan perbarisan tapi Su tak mengadili kakak coz ditugaskan untuk mengadili rumah pasukan. Uhhh nasib baik..kalau tak juri tak tahu nak pilih yg mana tau..jadi serba salah.

Sepanjang hari Sabtu tuh Su tunggu lagi panggilan dari Hospital Putrajaya. Sebelah petangnya Su cuba menghubungi dewan bersalin Putrajaya untuk mengetahui samaada wad masih ada yg kosong atau tidak.
Tetiba Su diminta datang segera kerana Su tidak boleh lewat dapatkan rawatan kerana berisiko untuk bayi yang Su kandungkan nih. Selepas solat maghrib Su dan Jay pergi ke Dewan bersalin untuk berjumpa doktor yang bertugas. Doktor yang bertugas telah mengeluarkan surat untuk Su bawa ke Hospital Serdang, menumpang wad di sana buat sementara. Actually su menuggu hampir 3 jam di dewan bersalin kerana doktor ada emergency case. Su diminta pergi ke Serdang malam itu juga..jam dah hampir 11 mlm, anak2 pula dah tertidur dalam kereta. Su merayu pada doktor agar Su dibenarkan pergi ke Hospital Serdang keesokan harinya. Akhirnya doktor benarkan memandangkan Su ada anak2.

Pada Ahad 9/11/2013, Su telah pergi ke Bahagian Emergency Hospital Serdang. Ya Allah..disinilah dugaan yang menguji kesabaran Su. Menunggu berjam2 untuk dapatkan rawatan bukan perkara mudah. Rimas, bosan semua ada..kkdg rasa spt duduk di negara asing pun ada..Warga Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Indonesia terlalu ramai di wad kecemasan.Sebenarnya yang sakitnya seorang tapi yang menghantarnya sekampung sebab tu  jadi sesak di situ..belum masuk bangsa cina dan India yang terkenal dengan bisingnya lagi. Banyak kali Su cuba memejamkan mata dan menarik nafas untuk menenangkan diri. Akhirnya giliran Su dipanggil..sampai di bilik doktor Su serahkan surat rujukan dari Putrajaya. Sebenarnya Su telah menyerahkan surat tersebut di kaunter tapi mereka minta Su berjumpa doktor dulu. Setelah doktor membaca surat tersebut Su diminta ke bahagian Separa kritikal untuk menunggu untuk di masukkan ke wad.
Akibat dari terlalu lama menunggu, badan pun terlalu letih Su lupa untuk bertanya wad kelas berapa su ditempatkan. Su pun dihantar ke wad.

Su ditempatkan di Wad Pembedahan Am...wad 6B..rupa2nya Su ditempatkan di Wad kelas 3...1 bilik ada 7 katil..dan kedudukan katil pula amat tidak selesa..ia seperti katil tambahan. Masa tuh Su rasa macam nak balik  rumah jer . Su bertanya pada jururawat bertugas bagaimana Su nak dapatkan bilik yang lebih selesa. Jururawat minta Su bayar deposit sebanyak RM400 di Jabatan Hasil untuk dapatkan wad kelas dua. Jika Wad kelas 1 bayarannya RM800..Su pilih wad kelas dua sebab takut nak duduk sorang2. Setelah Jay buat bayaran Su telah dipindahkan..Alhamdulillah..bilik luas dan ada 2 pesakit shj. Barulah rasa tenang dan sedikit terubat hati nih setelah apa yang Su lalui bermula dari Putrajaya hingga ke Serdang. Su bermalam di hospital bermula dari Ahad hingga Rabu. Alhamdulillah sekarang Su berehat di rumah.

Friday, November 15, 2013

Bersedihlah wahai ibu dan ayah

Jika anak dapat semua A dlm peperiksaannya
Tapi solatnya tak cukup lima waktu
Bersedihlah wahai ibu dan ayah

Jika anak dapat semua A dlm peperiksaannya
Tapi bacaan Al-Quran  dan tajwidnya kurang sana sini
Bacapun sebulan sekali atau setahun sekali
Bersedihlah wahai ibu dan ayah


Jika anak dapat semua A dlm peperiksaannya
Tapi berpuasapun  tak mahu
Tunduk atas perintah Allah pun tak mahu
Bersedihlah wahai ibu dan ayah


Jika anak dapat semua A dlm peperiksaannya
Tapi aurat anak2 tak terpelihara
Terdedah sana sini
Bersedihlah wahai ibu dan ayah

Jika anak dapat semua A dlm peperiksaannya
Tapi akhlaknya buruk
Bersedihlah wahai ibu dan ayah


Jika anak dapat semua A dlm peperiksaannya
Tapi ibu dan ayah terlupa menitik beratkan agama
Dalam hidup anak2
Bersedihlah wahai ibu dan ayah

Ibu dan Ayah
Anak2 kita mahu bahagia di dunia dan di akhirat.
Kasihanilah mereka
Tanggungjawab kita mendidik mereka
Biar kita menangis di dunia tapi kita sama2 gembira di akhirat

Saturday, November 09, 2013

Boleh ke solat tanpa telekung?

Boleh ke solat tanpa telekung?

Telekung bukanlah syarat sah solat..telekung hanyalah sejenis pakaian solat yang dipakai oleh wanita islam yang kebanyakan datang dari Nusantara.

Pakaian yang semestinya dipakai oleh seorang wanita apabila sedang solat atau di luar solat adalah sesuatu yang dapat menutup dirinya dari kepala sehingga ke kaki kecuali muka dan tangan dari pergelangan ke jari-jari. Selain itu pakaian tersebut hendaklah longgar dan labuh, tidak menampakkan bentuk badan ataupun bayangan ataupun warna kulit di sebaliknya. 

Oleh itu apa sahaja pakaian yang dapat menepati syarat ini boleh digunakan bagi tujuan mendirikan solat dan urusan harian di luar rumah. Telekung yang selalu dipakai oleh muslimah di Nusantara ini sangatlah baik kerana ia menepati segala syarat-syarat tersebut tetapi perlu diketahui bahawa telekung bukanlah satu-satunya sahaja yang boleh digunakan untuk bersolat. Dalam erti kata lain, telekung bukanlah syarat wajib solat.

So..janganlah bagi alasan
"telekung tertinggal"
"telekung tak ada"
"telekung dah koyak"

Dan yang paling penting..berpakaianlah dengan sempurna so anda akan sentiasa bersedia walau dimana sahaja anda berada..dan yang paling best tak perlu nak bawa banyak2 beg bila keluar rumah. Su sendiri pun dah lama tak bawa telekung bila keluar rumah..hanya bersedia dengan pakaian lengkap solat..pakai lah apa sahaja asalkan menutup aurat..jika memakai baju berlengan lebar seperi baju kurung jangan lupa pakai sarung lengan. Tapi dari pemerhatian Su ..ada sesetengah orang malaysia yang masih pelik apabila kita bersolat tanpa telekung..tapi tak apa..fikir positif..sekurang2nya mereka belajar sesuatu yang baru..penampilan kita akan membuka ruang untuk mereka bertanya boleh atau tidak..kepada yang lebih arif nanti... dan akhirnya dapat menarik hati mereka untuk berpakaian lengkap juga.

Okey pesanan su...pakailah pakaian yang lengkap sebelum keluar rumah..pasti memudahkan kita untuk beribadat dimana shj kita berada..lebih cepat dan mudah.


Ammar dan Insyirah terima kasih kerana menjaga nama baik mama dan ayah.

Semalam Hari Jalinan Kasih dan menandatangani buku rekod di SRA Bandar Bukit Puchong.

Sekali lagi Su nak ucap syukur Alhamdulillah..kuasa Allah s.w.t tak sapa menduga.
Sepatutnya smlm Su masuk ward tapi tertangguh sbb ward penuh..Su minta balik dulu daripada penat menunggu. Rupa2nya ada hikmahnya..dapatlah Su menjenguk anak2 di SRA..dapat bertentang mata dengan ustazah bertanya perkembangan anak2.

Majlis bermula pukul 3 ptg-5 ptg..Mula2 Su ke kelas Ammar dulu..Alhamdulillah taklah tunggu lama sangat nak dapat giliran sebab hanya ada 4 orang ibu bapa ajer masa tuh..yang lain mungkin dah balik atau belum datang lagi.

Setelah bersalam dengan ustazah Su pun duduk..berdebar2 juga..ustazah pun membuka report card..
Ya Allah syukur pada Allah..Ammar mendapat tempat pertama didalam kelasnya..dan lebih membanggakan Ammar juga mendapat tempat pertama keseluruhan untuk tahun 1..kesemua murid tahun 1 ada 50 orang.
Ammar juga memperolehi keputusan Mumtaz.

Walaupun keputusan peperiksaan membanggakan, Su lebih berminat untuk mengetahui sahsiah dan peribadi
anak2 didalam kelas..tak ada gunanya jika belajar pandai tapi mempunyai sikap yang buruk.

Alhamdulillah..dari komen ustazah..Ammar seorang pelajar yang cepat menghafaz..sehinggakan ustazah terpaksa memberi 1 ayat lebihan berbanding pelajar lain kerana Ammar akan menghabiskannya dulu..Ammar juga telah dipilih oleh guru besar untuk mewakili sekolah dalam hafazan untuk masa akan datang...kerana bakatnya sudah ada. Ammar juga satu2nya pelajar yang mendapat mumtaz dalam subjek hafazan di sekolah.

Ustazah juga menyatakan Ammar sorang yg ringan tulang..selalu offer diri untuk membantu..kkdg ustazah baru jer sampai depan muka pintu Ammar dah cakap.."ustazah...hari nih saya nak tolong ustazah.." Ya Allah..sebagai seorang ibu sudah tentu Su gembira apabila ustazah komen begini..Su terus cium Ammar..rasa syukur sangat2..Ammar dapat jaga adabnya di sekolah..sbb Su selalu bimbang,..bimbang jika anak hanya berperangai baik di depan Su tapi sebaliknya di belakang Su..

Diantara komen yang menarik ialah Ammar selalu advance bila diminta siapkan kerja sekolahnya..jika di minta membuat hanya muka surat 10 contohnya, Ammar akan siapkan hingga mukasurat 15..dan buku2nya akan habis dulu..sehingga ustazah minta maaf kerana kerap minta Su belikan buku baru..tak apalah ustazah..duit tak boleh bawa mati. Itulah sedikit sebanyak cerita tentang Ammar, maaflah jika cerita nih nmpak seperti membangga diri, Su hanya seronok berkongsi perasaan seorang ibu. Tiada niat membangga kan anak2..lagipun perjalanan hidup mereka masih jauh.

Setelah habis menandatangani buku rekod Ammar..Su ke kelas kakak Insyirah pula. Walaupun result kakak tak secemerlang adiknya tapi Su tak pernah membezakan kasih sayang dua beradik nih..sayang Su sama sahaja.

Keputusan kakak biasa2 sahaja..kakak berjaya mendapat tempat ke 12..tak apalah..Su memberi komen kepada ustazah kakak.." nombor tak penting ustazah, yang penting keputusan setiap subjek"..ustazah mengangguk tanda setuju. Kakak tidak berjaya mendapat mumtaz hanya Jiddan shj..namun su tidak boleh membezakannya dengan Ammar..kakak perlu menjawab soalan secara esei dan subjeknya lebih banyak dan mencabar. Ayat2 hafazan  juga lebih panjang dan sukar. Su tak mahu kakak rasa direndah2kan berbanding Ammar kerana kemampuan dan rezeki setiap manusia berbeza..kakak ada kelebihan di bahagian lain. Sebagai ibu Su perlu positif dan memberi semangat kepada kakak, bukannya memarahi atau mengherdek..itu bukan style Su..malahan Su berterus terang di depan ustazah..." mama terima keputusan peperiksaan kakak, mama tak akan marah sebab semuanya dah berlalu, jadikan ia semangat untuk kakak lebih maju" ustazah tersenyum mendengar ungkapan Su..setiap anak ada potensi, jika kakak lemah di bidang agama mungkin kakak ada kelebihan di bahagian lain..dan mungkin juga keputusan kakak berubah menjadi bertambah baik di masa akan datang..sebagai ibu..dorongan dan berfikiran positif sgt penting.

Seperti biasa Su lebih berminat untuk mengetahui sikap kakak di sekolah...Alhamdulillah komen ustazah amat membanggakan..sama seperti Ammar, kakak ringan tulang, dan selalu membantu ustazah sehingga dilantik sebagai pen ketua kebersihan..ermm patutlah bajunya selalu comot..rupa2nya beria2 membersihkan kelas..habis semua meja dilapnya..hehe..kakak juga memberi tumpuan yang baik di dalam kelas cuma keputusan peperiksaan sahaja yang tidak menyebelahi kakak. Tak apa kakak..mama tak kan marah..keputusan peperiksaan hanya perkara kedua..perkara pertama komen tentang akhlak amat membanggakan mama dan ayah. Hanya dengan akhlak yang baik akan membawa kita kepada kejayaan sebenar. Itulah erti kejayaan sebenar bagi mama. Kedudukan dalam kelas bukan ukuran, keputusan 100% juga bukan ukuran..mama bukannya hidup di zaman "Mak Dara' (ibu mertuaku) yang hanya memandang kedudukan doktor dan lawyer sebagai ukuran. Mama ingin menjadi seorang ibu yang melahirkan "khalifah"..seorang khalifah amat tinggi akhlaknya seiring dengan ilmunya. Cuba lagi di tahun hadapan..InsyaAllah doa ini tak pernah padam..sentiasa mengiringi anak2.

Terima kasih kerana menjaga nama baik mama dan ayah. Terima kasih sayang2 mama. Terima kasih khalifah2 mama.

Kencing manis ketika hamil (GDM)

Actually semasa mengandung ketiga2 anak2 Su dulu semuanya Su kena cucuk insulin kerana kadar gula dalam darah tak dapat dikawal ketika mengandung. So oleh kerana dah ada rekod yang tak berapa cantik Su kenalah menyerah diri lebih awal kali ini. Tak perlu tunggu hingga 5-6 bulan..baru 5 minggu pun dah sanggup serah diri..semuanya demi keselamatan zuriat dalam kandungan nih..bukannya apa..susah nak dapat rezeki nih. So jaga amanah Allah s.w.t nih sebaik2nya.

Untuk menguji kehadiran penyakit yang tak diundang nih..Su terpaksa buat BSP.

Apa itu BSP?..BSP tuh ialah Blood Sugar Profile..

Jika anda mengandung anak sulong biasanya kena minum air gula dulu..buat pun lewat sikit..tapi jika dah tahap senior macam Su nih dan dah ada rekod kurang cantik..doktor suruh buat BSP terus.

Sehari sebelum buat BSP..Su pergi klinik dulu..dapatkan surat dari doktor untuk refer ke Hospital yang berdekatan..Su memilih Hospital Putrajaya, sbb dekat dengan rumah dan dah ada rekod kat situ. So tak adalah kena interview banyak sgt macam orang baru nak masuk kerja hehe..doktor pun senang dah boleh baca rekod2 yang lama kat sistem..yerlah kot..sesuka hati jer bagi info..(agaknya lah..)

Setelah doktor di Putrajaya baca surat yang dibawa..esoknya Su diminta datang seawal jam 8 pg untuk ambil darah..sebelum tuh kenalah berpuasa bermula jam 12 tgh mlm..relaxlah waktu tido zzzzz dah tuh..kalau ada yang makan lepas 12 mlm..alamatnya anda akan mengembang dengan jayanya semasa mengandung hehe.

Actually sekejap jer ambil darahnya..tgk nasiblah..kalau jenis yang senang okeylah..kalau susah nak dapatkan urat yang betul..alamatnya lamalah..dan agak sakit. Lepas kena cucuk dapatlah kesan lebam..jangan takut..sikit jer tuh..macam kena jentik sikit jer berbanding sakit bersalin nanti.

Su kena datang ambil darah pukul 8a.m, 11am , 5pm dan 9pm.
Jika di Putrajaya yg pukul 8am dan 11 am dibuat di O&G klinik dan yg 5pm dan 9pm dibuat di Wad bersalin.

Keesokkannya kita di minta datang ke O&G untuk berjumpa pakar di sana..jika result tak cantik aka kantoi maka bermalamlah di hospital untuk insulin. Keputusan Su amatlah tak cantiknya..tapi Su dah bersedia berdasarkan pengalaman sebelum ini..So takdelah terperanjat ke..terkejut ke macam ala2 dalam filem tuh..nak WHATTTTTT berbagai..Su terima dengan hati terbuka dan relax jer..

Actually Su dah bersedia sampai tahap dah kemas2 baju siap2 masuk beg..sbb dah duga nak tidur kat ward..haaaa tgk tuh..persediaannn..haha..Su dah janji kat diri sendiri tak nak merungut sebab Su anggap rezeki nih rezeki terbesar dalam hidup...nak lahirkan 1 lagi nyawa..manalah tahu ini bakal ulama, bakal hafiz, bakal hafizah, bakal imam, bakal ustazah, bakal ilmuan islam...mana tahu kan...tgk tuh angan2 Su tinggi melangit kan..So Su tak mahu merungut atas kurniaan Allah s.w.t..Su redha atas segala ujian.

Su nak menyambut segala ujian dengan senyuman..Su nak anak Su tahu yang ibunya sentiasa redha.

Okey nnt Su ceritakan pula pengalaman kat ward yer..

Hari nih rezeki Su ..ward dah penuh so balik rumah dulu..tidur di rumah..esok pagi2 serah diri ke hospital.

Tanda-tanda kehamilan ...Alhamdulillah Su disahkan pregnant..bermulalah episod baru dalam kehidupan.

Su nak ceritakan bagaimana Su dapat berita gembira nih..atleast sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan untuk ibu2 di luar sana. Selalunya jika nak dapat info Su suka baca blog..so kali nih biarlah Su pula yang share pengalaman nih..tapi tak bolehlah cerita semua..sekadar yang boleh diceritakan sahaja..jika tiada rahsia dalam kehidupan..hidup nih takkan seronok..betul tak?

Sebenarnya Su dah lama menunggu kehadiran zuriat nih ..Zahra pun dah nak masuk 4 tahun..elok lah Su dapatkan adik untuk Zahra..lagipun umur Su sudah meningkat..tahun depan dah nak masuk 37 tahun..kalau boleh Su nak bersalin sebelum umur 40 tahun..lepas tuh nak berehat.Bila dah menjangkau umur 50 tahun nanti anak2 dah besar dan ketika itu  sudah tentu hidup tertumpu untuk beribadat kepada Allah s.w.t. sahaja.

Bagaimana Su tahu Su pregnant?..untuk adik2 yang baru berkahwin..salah satu tanda2 pregnant ialah kita tidak akan period..pandai2 lah mengira kiraan period, tanda setiap bulan agar kiraan kita tepat. Jika dah lewat bolehlah buat ujian sendiri..adik2 boleh beli pregnancy test di farmasi.

Cara2 check?..ada dinyatakan di kotak...tak pun rajinkan diri mengoogle. Setelah sah pregnant..pergilah berjumpa doktor untuk mengetahui jangkaan tarikh kelahiran atau EDD. Apasal cam rancangan kanak2 plak nih..haha..mentang2lah dah anak ke 4..rasa cam senior plak. Yerlah Su nak bagi panduan untuk adik2 yang baru pregnant anak sulong..bagi yang dah banyak kali bersalin tak yah bagi panduan dah..udah expert bab check mengecheck nih yer dak. Yang penting dapatkan vitamin2 yang diperlukan untuk ibu mengandung seperti obimin dan folic asid.

Selain dari period tak kunjung tiba, tanda2 lain seperti tak sedap badan, rasa pening2, ada sesetengah orang akan muntah2..tapi Alhamdulillah..Su jarang sekali muntah2..Syukur pada Allah s.w.t.

Tanda2 lain..Su tolong googlekan lah yer..jom2 kita check..kot2 korang pun ada rezeki juga..

1. Payudara bengkak dan lembut
2. Kerap membuang air kecil
3. Mudah Letih dan sering rasa mengantuk.
4.. Mual (Morning Sickness)
5. Terlambat Haid
6. Perubahan Mood

Jika ada tanda2 diatas..cepat2lah pergi beli pregnancy test yer..
okeylah itulah sedikit sebanyak info yang boleh diberi oleh kakak senior nih..hahaha..
Sepanjang kehamilan rajin2lah mengoogle, baca buku atau tanya yang lebih arif..jaga kesihatan baik2..
Opss..sebelum kakak senior membebel tak tentu arah baik kita stop sini dulu..
Sepatutnya hari nih bermalam di ward..tapi takdir penentu segalanya..ward pulak penuh..so kena datang esok..
Lorrrr baru sah pregnant dah kena masuk ward berbagai..nak buat camna..nama pun kakak senior..macam2 hal lah..masalah kesihatan yang diduga oleh Allah s.w.t..terima saja dengan hati terbuka..tak mahu merungut sebab kurnian zuriat nih rezeki yang tidak ternilai..setakat bermalam di hospital tuh hanya dugaan ringan ajer..
Takkan nak merungut setelah Allah s.w.t limpahkan rezeki dan rahmat..tanyalah ibu2 mana sekalipun..mereka juga sanggup seperti su..itulah pengorbanan namanya.








Hidup ini penuh warna warni

Sejak akhir2 nih hidup Su penuh warna warni..macam pelangi..apa taknya..berselang seli diantara sedih dan gembira. Walau apa pun Su tetap bersyukur kerana takdir Allah s.w.t Maha Hebat..susunan perjalanan hidup amat cantik..Subhanallah.

Bermula dengan berita Arwah Pak Busu Ya meninggal..kena balik kampung..dalam kesedihan ada kegembiraan sebab adik beradik berkumpul, balik pulak masa musim buah..puaslah anak2 makan buah.
Nanti lah ada masa Su ceritakan..InsyaAllah.

Kemudian lepas beberapa minggu Aidiladha menjelma..syukur Ya Allah..Angah pulak korbankan lembu dan letakkan nama Su sekali untuk korban tuh...walaupun hanya abang ipar tapi Angah tak lupa Su..itu juga rezeki...selepas kemeriahan Aidiladha Su pulak dapat bercuti ke Serawak..first time pergi sana..tiket untuk sekeluarga ditaja oleh Pak Busu Hairi..Allah hu Akbar..rezeki yang tak disangka2 lagi..sebab tuh Su kata hidup Su penuh warna warni..dapat rezeki terpijak bak kata orang. Semoga Allah s.w.t memberkati hidup dua orang yang amat mulia hatinya ini. Semoga rezeki Angah dan Pak Busu bertambah dan mencurah2.

Belum pun sempat mengemas beg2 yang dibawa ketika di Serawak kami sekeluarga dikejutkan pula dengan berita Arwah opah Jay yang sakit tenat..Su sempat bergegas balik ke Slim River untuk berjumpa opah beberapa jam sebelum kembali ke Rahmatullah. Balik dari pengebumian Opah, Su sempat menghabiskan cuti di Teluk Intan..belum habis rasa sedih keluarga tetiba kami dikejutkan pula dengan berita gembira..setelah 4 tahun menunggu Su disahkan pregnant.

Ya Allah..cantiknya susunan perjalanan takdir hidup Su nih..siapa kita untuk menduga kuasa Allah s.w.t. Allah s.w.t takdirkan opah meninggal seminggu selepas kami ke Serawak, atleast dapat jumpa Arwah opah..jika Arwah opah meninggal ketika kami di Serawak, sudah pasti kami tak sempat jumpa..lihat tuh cantik kan susunan dari Yg Maha Esa.

Allah hu Akbar




Thursday, November 07, 2013

Senarai PUASA SUNAT 2013-2014* Sepanjang 1435 H

*Senarai PUASA SUNAT 2013-2014* Sepanjang 1435 H

1. PUASA 1-9 MUHARAM = 5-13 NOV 2013

2. PUASA HARI ASYURA iaitu PADA 10 MUHARAM BERSERTA SEHARI SEBELUMNYA IALAH PADA 13 - 14 NOV 2013

3. PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS : MANA-MANA HARI ISNIN DAN KHAMIS KECUALI HARI TASYRIK 11 ZULHIJJAH = 6 OKT 2014 (ISNIN)

4. PUASA HARI PUTIH PADA 13, 14 DAN 15 HARI BULAN SETIAP BULAN HIJRAH SPR BERIKUT:
MUHARAM = 17-19 NOV 2013
SAFAR = 16 -18 DIS 2013
RABIULAWAL = 15-17 JAN 2014
RABIULAKHIR = 13-15 FAB 2014
JAMADILAWAL = 15-17 MAC 2014
JAMADILAKHIR = 13-15 APR 2014
REJAB = 13-15 MEI 2014
SYAABAN = 11-13 JUN 2014
SYAWAL = 09-11 OGOS 2014
ZULKAEDAH = 08-10 SEPT 2014
ZULHIJJAH = 08-10 OKT 2014

5. PUASA SUNAT REJAB = 1-29 MEI 2014

6. PUASA SUNAT SYAABAN ( KECUALI HARI SYAK 30 SYAABAN) = 30 MEI- 27 JUN 2014

7. PUASA ENAM ( PUASA MANA-MANA ENAM HARI SYAWAL KECUALI 1 SYAWAL IALAH antara 29 JULAI - 26 OGOS 2014

8. PUASA 1- 8 ZULHIJJAH = 26 SEPT-3 OKT 2014

9. PUASA HARI WUQUF
(BAGI MEREKA YANG TIDAK MENUNAIKAN HAJI) = 4 OKT 2014

Semoga Allah mempermudahkan urusan ibadat kita kepadaNya dan menerima amalan puasa kita.

Allah telah memberitahu kepada Nabi saw di dalam sebuah hadith yang maksudnya, “Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk aku (Allah) dan akulah yang langsung membalasnya.” (riwayat al-Imam al Bukhari dan Imam Muslim)
 Rujukan -Facebook Ustaz Zahazan

Saturday, November 02, 2013

Layak kah kita?

Tanyalah sesapa pun di muka bumi ini pasti mahukan syurga
Tapi layak kah kita?
Bersediakah kita?

Tanya diri kita sendiri

Lengkap kah solat kita?
Bagaimana dengan puasa kita?
Zakat kita?
Sedekah jariah kita?
Bacaan Al-Quran kita
Angan2 dan usaha kita ke tanah suci?
Berusaha ke kita?
Atau sekadar melepaskan batuk di tangga.
MasyaAllah..teruknya saya
Kurangnya saya

Urusan dengan Allah s.w.t pun belum sempurna
Apatah lagi urusan sesama manusia
Umpat, keji, hasad, dengki sesama manusia
Sombong, riak , takbur, meninggi diri,
Adakalanya berlaku tanpa disedari
Dan lebih buruk lagi dilakukan sewenang2nya
Melakukannya seolah2 diri sudah cukup sempurna
MasyaAllah..teruknya saya
Kurangnya saya

Di syurga itu semuanya sempurna
Tiket ke syurga ialah apa yang kita lakukan tika hidup di dunia
Saat ini kita masih bernafas
Bermakna peluang masih lagi terbuka
Pilihan di tangan kita
Buruk dan baik di tangan kita
Pintu taubat terbuka luas
Jika ingin merasai keindahan syurga
Perbaiki diri kita di sini dulu
Takutkan azab neraka
Jauhi segala dosa
Semoga Allah s.w.t menerima taubat kita.


Friday, November 01, 2013

Semoga keinsafan itu sentiasa hadir


Baru2 nih Su bercuti ke Sarawak
Jika kita hanya mahu keseronokan
Kita hanya akan dapat keseronokan itu
Tapi bukan itu yang mahu Su kongsikan

Su ingin kongsikan apa yang Su rasa
Apa yang Su fikirkan untuk kita sama2 renungkan
Kapal terbang merupakan satu2nya kenderaan yang boleh dinaiki
untuk sampai ke sana.

Semasa perjalanan pulang Su mengambil peluang
duduk di tepi tingkap
Bila kapal terbang  membelah awan
Su mula berzikir agar Su dapat rasa nikmat Allah dari pandangan atas
Dari pandangan atas semuanya nampak kecil
Yang kelihatan hanya lautan luas dan hutan menghijau

Tika itu air mata ini mengalir laju
Minda terus mengajak Su berfikir ..
jika dari pandangan atas sana kita tak nampak langsung
kelibat istana2 yang tersergam indah
kelibat kenderaan2 mewah
apatah lagi kelibat manusia yang gah dengan pangkat dan kuasa
Layak kah Su berjalan di muka bumi nanti dengan perasaan sombong dan riak?
Layak kah Su merasa hebat dengan apa yang di capai?
Layak ke???

Allah s.w.t memberi Su peluang untuk melihat ke bumi dengan pandangan yang amat terhad
Yang hanya boleh dilihat dari tingkap yang kecil
Hanya nampak satu sudut sahaja
Sedangkan pandangan Allah s.w.t Maha Luas
Ya Allah kerdilnya kita

Allah s.w.t Maha berkuasa
Mencipta bumi yang indah
Mencipta lautan yang luas
Mencipta awan yang putih bersih
Mencipta gunung ganang.
Mampukah kita mendongak sombong ???

Airmata mengalir laju
Su dapat rasakan sesuatu bila berada di atas sana
Su dapat rasakan Su begitu kerdil
Setiap langkah kita dibumi ini rasailah  keagungannya
Dalam tangisan ini Su titipkan rasa syukur
Dalam kesibukan bercuti
Allah s.w.t bukakan minda ini untuk berfikir
Allah s.w.t benarkan airmata ini mengalir untuk menginsafi diri
Walaupun hanya dari perut kapal terbang
Keinsafan itu bukan sahaja tika di tikar sejadah
Keinsafan itu bukan sahaja tika bangkit malam untuk bertahjud
Tapi perasaan yang istimewa ini dikurniakan Allah s.w.t
Tika Su berada di awan
Tika sibuk bergembira
Tika sibuk bercuti
Bukan senang Su dapat merasai semua ini
Semuanya anugerah
Dalam gembira Su diberi peluang untuk menghayati keangungan
Semoga perasaan ini sentiasa ada walau dimana Su berada
Air mata syukur ini satu Anugerah
Alhamdulillah..
InsyaAllah semoga ia hadir lagi







Alhamdulillah..hilang rasa penat

Alhamdulillah..
Hilang rasa penat nih
Sepanjang anak2 exam
Macam2 Su dan Jay dah lakukan
Sama2 belajar tiap2 malam
Bergilir2 dengan Jay
Paling kesian kat Jay..balik kerja jer terus ajar anak2
Nampak sgt dia letih..
Buat peta minda, carta dan mcm2 lagi
Ada juga teknik2 mengajar math yg tak diajar disekolah
Tapi kami usaha mencari di internet untuk di ajar pada anak2
Kkdg..terjerit juga sekali dua bila anak2 malas
Sebab ada ketikanya macam kami berdua plak yg nak ambil exam.

Tapi hari ini..
Allah s.w.t bagi kami tersenyum
Anak bawa balik result yg cemerlang
Berjaya dapat tempat pertama utk keseluruhan murid.
Terima kasih juga untuk guru2.
Panjang lagi masa anak2 nih...
Semoga Allah s.w.t sentiasa memberkati usaha kami ini.

Terasa berbaloi juga berkorban berhenti kerja untuk didik anak2 dgn tangan sendiri.

Sombongnya kita, sombongnya awak,sombongnya dia

Sombongnya kita
Pencipta Yg Maha Agung memberi kita bernafas 24 jam sehari
Jantung berdegup setiap detik
Tapi solat yang sebentar cuma kita tak mahu??
Sujud kepadanya
Tanda mengabdikan diri
Tanda bersyukur atas rahmat yang diberi
Para Nabi dan Rasul yang terjamin syurga
Sujud merendahkan diri  kepada Allah s.w.t
Sombongnya kita, sombongnya dia, sombongnya awak

Sombongnya kita
Sepotong ayat Al-Quran pun kita tak mahu baca??
Sedangkan Rasullullah yang penuh ilmu di dada
Membaca Al-Quran sebagai panduan hidup
Kita yang ilmunya entahkan sebesar zarah pun belum tentu ada
Sanggup membiarkan Al-Quran berhabuk
Entah bila agaknya kali terakhir
Menyentuh Al-Quran itu
Sombongnya kita, sombongnya dia, sombongnya awak.

Ya Allah..Tuhan Pencipta Seluruh Alam
Jauhilah kami dari sifat sombong itu




Thursday, October 31, 2013

1435 H bakal kunjung tiba

Subhanallah ...
Pejam celik, pejam celik..rupa2nya kita sudah hampir dipenghujung tahun 1434 Hijrah.
Bila diimbas kembali apa kejayaan yg sepanjang tahun 1434 nih amatlah sedikit yang Su dapat capai,
namun
Su masih bersyukur atas rahmat Allah s.w.t.
Banyak juga rezeki yang tak disangka2 yg Su dapat tahun nih.
Banyak atau sikit
Kecil atau besar
Su bersyukur atas pemberiannya.

Bila sebut Muharram maka terlintas terus untuk menanam azam.
Yang pasti azam pada tahun depan lebih kepada memperbaiki diri.
Azam untuk menjadi hamba Allah yg solehah.
Bukan sekadar bercakap dibibir sahaja
Bukan sekadar menulis di blog sahaja
InsyaAllah Su "wajib"mengubah diri ini menjadi lebih baik.

Biarlah 1435 H..menjadi titik permulaan untuk Su.
Banyak yang Su belum tunaikan.
Su bukanlah baik sangat..maklumlah kita semua manusia biasa
yang kerap membuat silap dan salah..
Tak lepas dari melakukan dosa..
Semoga tahun 1435 H akan lebih bermakna.

Doakan Su menjadi hamba Allah yg lebih beriman dan taat kepada Allah s.w.t
Doakan Su menjadi ummat Rasulullah yang mengamalkan sunnahnya.
Doakan Su menjadi isteri yang taat dan sentiasa berusaha untuk tidak mengheret
suami ke neraka atas dosa2 seorang isteri.
Doakan Su menjadi ibu yang mithali yang akan mendidik anak2 menjadi para ulama yang akan
memeperjuangkan agamanya.
Doakan Su menjadi seorang sahabat yang sentiasa kuat dan berazam membawa kesemua sahabat
ke jalan Allah s.w.t.
Doakan...doakan..doakan..



Saturday, September 14, 2013

Bagaimana ingin mengejut anak untuk solat subuh.

Mendorong anak2 kecil bersolat terutama solat subuh memerlukan pengorbanan.
Jangan sesekali memarahi atau mengejut mereka dengan cara kasar kerana mereka akan rasa terpaksa.

Diantara cara2 yg boleh dilakukan

- Mengejut mereka dengan suara yg lembut beserta puji2an. Mmg mengambil masa yg agak lama tetapi InsyaAllah berjaya.
- Jika perlu mandikan mereka.
- Sediakan pakaian solat mereka.
-Dorong mereka untuk bersolat jemaah di Masjid atau surau (jika lelaki).

Teknik memuji dan memujuk ini memakan masa sedikit tetapi jiwa anak akan jadi lebih lembut. Pastikan ibu bangun lebih awal (sblm azan subuh) takut ibu pula yg tak sempat bersolat nnt.

Sedikit perkongsian agar bermanfaat.
 
 

Friday, September 13, 2013

Bergantung hanya pada Allah s.w.t

Hidup nih mudah dan indah ...
Bergantung shj pada Allah s.w.t
Buat suruhannya, tinggal larangannya..
Menghargai yg berada di depan mata
Meredhai yang telah pergi.
Rezeki kurniaan Allah s.w.t
Bukan kurniaan manusia.
Bahagia kita bergantung pada hati
Bahagia hati kita bahagia lah segalanya.

Wednesday, September 11, 2013

Kami merinduimu Rasulullah.

Smlm sblm tidur Su dan anak2 layan citer ttg Rasulullah..
Ttg penghijarahan baginda dari Mekah ke Madinah
Memula nmpak airmata Ammar berlinangan..
Su tanya dia "Abang sedih?.. Ammar angguk..kesian nabi katanya.
Last2 mamanya pulak yg lebih nangis...hehe
su nih mmg ratu airmata..

Kakak pulak melepaskan geram.."kalaulah masa tuh kakak ada kat situ,
kakak pijak2 org kafir tuh..geram betul"
Bersemangat anak2...

Sblm tidur Ammar bgtau.."mama, abg nak jadi mcm Rasulullah boleh?
Ya Allah, ibu mana yang tak mahu anak dia mempunyai sifat yg baik seperti Rasulullah..terpuji, penyayang dan lengkap serba serbi.
Sebelum tidur mmg elok jika anak2 nih diceritakan ttg cerita yang baik2.
biar mimpi mereka jadi indah..biarkan angan2 mereka tinggi hingga ke bintang. Biarkan mereka tidur dengan semangat perjuangan.
Rasulullah dah lama meninggalkan dunia ini tapi kasih sayang baginda
kepada umatnya kekal sampai bila2.

Friday, August 30, 2013

Nasihat utk kengkawan

Ada kengkawan yg minta pendapat Su..
Nak berhenti kerja sbb nak jaga anak sepenuh masa..

Actually, Su berat juga nak bagi nasihat.
Bukan semudah yg disangka.
Kena tahan segala2nya.
Hati kena cekal
Telinga kena tebal

Dah byk yg Su lalui
Jika minta dihormati
bekerja lah jgn berhenti
Jika minta disanjungi
bekerja lah jgn berhenti
Realitinya wanita yang bekerja
di pandang tinggi oleh masyarakat
di pandang tinggi oleh ahli keluarga
Bila ada yg bertanya, kita jawab kerja sendiri,
berniaga kecil2an..pasti dipandang sebelah mata.
Seolah2 berniaga sendiri tak ada harapan untuk berjaya.

Cukuplah..itu shj nasihat Su..
Ermmm..tapi kan..jika dilihat dari sudut positif
Sampai tak tersenarai..
Bahagia yg sukar di ungkap bila Allah s.w.t bagi peluang
untuk besarkan anugerah Allah s.w.t dgn 2 tangan Su nih..
Berkorban kemewahan demi untuk anak2 syurga..
InsyaAllah.

Thursday, August 29, 2013

Jadilah ibu yg berilmu

Menjadi seorang ibu bukan semudah yang disangka..
Jadilah seorang ibu yang berilmu kerana kita perlu menjawab setiap soalan dari anak2 dengan ilmu.
Jangan mengambil ringan setiap soalan yang anak2 ajukan..cuba menjawab sebaik mungkin.
Jadilah "profesor" di mata dan hati anak2 kita.

Jangan biasakan diri dengan menjawab " mama tak tahu",

jika betul2 tak tahu gunakan jawapan
"Mama tak pasti jawapannya, InsyaAllah mama akan beritahu nanti"

Usahakan mencari jawapan dengan membaca, bertanya pak cik Google atau sebagainya.

Good luck sahabat2 "profesor".

Setiap anak2 ada keistimewaan.

Smlm anak2 bawa pulang result ujian SRA..
Abang dapat tempat ke-2 keseluruhan murid thn 1
Manakala kakak pula hanya mampu memperbaiki keputusan yang lepas.

Abang nmpak seronok kerana dpt hadiah dari ustazah tapi kakak tak dapat apa2.
Bila masing2 bgtau result Su peluk, cium dan ucap tahniah pada mereka.
Kakak dapat sama seperti abang tanpa Su bezakan mereka.
Kakak tanya pada Su..kenapa Su ucap tahniah, cium dan peluk dia sebab dia tak dapat no 1, 2 atau 3.
Su jawab.." kakak pun berjaya juga, sbb kakak berjaya perbaiki keputusan yg dulu"
Terus kakak tersenyum.

Sebagai ibu..kita perlu ubah cara berfikir..
Kejayaan anak2 perlu dilihat dengan skop yg lebih luas
Kejayaan bukan shj pada result yg bagus dan kedudukan yg baik di dlm kelas.
Berjaya memperbaiki kelemahan juga satu kejayaan.
Anak2 tak perlu tertekan dengan kehendak ibu bapa.
Biarkan mereka belajar mengikut kemampuan mereka.
Setiap anak2 ada keistimewaan.


catatan-20 ogos 2013

Hidupku dikelilingi Para Huffaz

Bestnya jika sistem pendidikan di Malaysia mewajibkan pelajar2 menghafal Al-Quran.

Kiranya sama taraflah dgn subjek2 teras.
Mesti ramai para huffaz kat Malaysia nih.
Dan tak menjadi satu yg menghairankan bila 1 keluarga boleh hafal Al-Quran.
Maka lahirlah bijak pandai semuanya dari golongan huffaz sbb subjek hafazan diwajibkan lulus..
Tak boleh hafal Al-Quran tak boleh masuk universiti
Best student Malaysia huffaz..
Bakal2 PM huffaz.
Bakal2 menteri huffaz.
Kiri, kanan, semua para huffaz.
Bestkan..
feeling loved.

Semoga mimpi jadi kenyataan

sajer nk kongsi angan2..(berangan bukan kena bayor kan).

Dah tua nanti berangan nak ada madrasah sendiri..
Buat pusat tahfiz yg serba lengkap.
Pastu habiskan sisa2 hidup di situ.
Hidup siang malam bersama bakal2 huffaz dan para huffaz.
Hidup siang malam dengan para ilmuan.
Madrasah pula akan melahirkan bakal ulama, imam, para ustaz yg akan membimbing ummah.
Mesti masa tuh Jay dan Su akan jadi org tua yg paling bahagia kat situ..

Kkdg berangan pun boleh bagi kita tersenyumkan...
feeling wonderful.

Tips Bagaimana mendekati anak2 dengan Al-Quran

Su nak share tips bagaimana nak mendekati anak2 dengan Al-Quran.
Bkn bertujuan utk riak, just nak share ajer biar ramai generasi Al-Quran.
Sebarang tanggapan terpulang pada anda yg menilai
Anda nilai yg baik dapat hasil baik..

Tips yg su guna nih dah nmpak kesannya pada anak2.

1. Doa.
Doa paling utama..siang mlm pagi petang non-stop. Bukan setakat lepas solat jer..doa dlm hati..sambil2 buat kerja pun boleh cakap dalam hati.
Ya Allah jadikanlah anak2ku pencinta Al-Quran, jadi salah seorang huffaz.
Atau apa2 ajer ayat yg terlintas nak cakap. Allah s.w.t kan Maha Mendengar.

2. Dengarkan anak2 bacaan Al-Quran.
Kkdg anak2 leka dengan PC..curi peluang..pergi kat youtube search bacaan Al-Quran oleh kanak2..pastu ulang2 ayat.." Bestnya budak nih baca, abang pun boleh jadi macam nih"..mula2 anak2 tunjuk tak minat..lama2 dia pun tertawan ..hati manusia mana tak tertawan dgn ayat Al-Quran kan..tapi jangan paksa..tak ada siapa yang suka di paksa.

3. Carikan guru.
Mengajar sendiri lebih baik tapi adakalanya anak2 manja..(mcm anak2 su lah)..ada ajer alasan..ngantuklah, letihlah..so carikan guru sbb anak2 kalau dgn org lain mereka akan lebih serius nak baca. Tapi sekali sekala mengajarlah sendiri..rugi tau..saham akhirat tuh.

4. Jangan provoke anak dengan kata2 negatif ttg guru mereka.
Kita selalu dgr ayat2 negatif dari org tua dulu
cth..ustazah tuh garang, nnt dia rotan. Jangan takutkan anak2.
Gunakan ayat2 positif.." ustazah tuh baik orangnya".
Tapi jgn lupa nasihatkan anak2 supaya jaga tingkah laku di rumah guru..
Ustazah akan sayang jika tingkahlaku kita baik.

Hasilnya..
Anak2 memang minat nak baca Al-Quran..
Kkdg mereka yang tak sabar2 nak pergi belajar.
Masing2 tak nak pergi lewat, nnt baca sikit kata mereka.
Hari2 nak baca banyak2.
Si kakak, dulu agak malas tapi skg balik dari sek agama, masuk rumah pun tak mahu..nak terus ke rumah guru mengaji.
Dah nmpak dia seronok.
Bila balik dari mengaji masing2 sibuk bercerita..
Su tak perlu tanya..diaorang sendiri bercerita.
Dan yg paling seronok masing2 dah mula tanam cita2 sendiri.
Cita2 kena lahir dari hati sendiri..bkn dari kehendak ibu bapa.

Cukuplah setakat itu dulu tips dari Su..
Semoga bermanfaat.

Sunday, March 24, 2013

Happy Birthday Sayangku Insyirah

Hari ini 24hb March 2013..genaplah 10 tahun usia Puteri Nurbatrisyia Insyirah.

Masih lagi jelas dalam ingatan mama bagaimana gembiranya hati ini bila mama disahkan pregnant. Masih jelas lagi terbayang wajah ayah ketika itu..dengan linangan airmata kegembiraan kami sambut berita gembira itu, maklumlah kakak anak pertama kami. Sepanjang mama pregnant kan kakak, mama dilayan bagikan puteri raja..apa sahaja yg mama idamkan ayah akan cari sampai dapat..antara makanan yang mama mengidam ialah buah delima...tiap2 hari mama makan buah delima tau.

Mama bersyukur sgt ketika melahirkan kakak..mudah sgt mama bersalin masa tuh..sakit pun tak lama..Alhamdulillah..Allah nak anugerahkan mama anak yang hebat rupanya.

Mama dan ayah besarkan kakak dengan penuh kasih dan sayang, tanda kasih sayang kami pada kakak. Mama bersyukur sangat kerana amat mudah mendidik kakak..terutama dari segi aurat. Mama tak perlu bersusah payah mengajar kakak kerana kakak memang menolak untuk memakai skirt dan gaun pendek seawal usia 4 tahun. Mama masih ingat kakak akan  menjerit kalau mama pakaikan skirt dirumah ketika usia itu, dan hasilnya sehingga sekarang kakak tidak pernah berpakaian seperti itu dan memudahkan mama dan ayah. Kakak juga gemar bertudung..terima kasih kakak..terima kasih kerana memudahkan dan meringankan tugas mama dan ayah.

Hari ini umur kakak dah bertambah, maaf tiada hadiah atau kek untuk hari ini, kerana mama nak fokus untuk yang lebih besar. Mama hadiahkan doa untuk kakak, mama doakan kakak bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. Mama harap nasihat ayah untuk kakak tidak tinggal solat akan kakak ingat sampai bila2..dan mulai hari ini juga ayah dah boleh merotan kakak jika kakak tinggalkan solat..INGAT bukan dari ayah..tapi arahan dari ALLAH S.WT.

Selamat hari Lahir sayang..InsyaAllah ada hadiah dan kek nanti..tunggu ayah gaji hehe.


RINDU

Rinduuu..nk menulis..haha...setelah berkurun lamanya meninggalkan blog nih bersawang tak dipelihara...
jap lagilah eikkk..jap lagi mama tulis.

Thursday, January 17, 2013

Tips lepaskan kemarahan dengan cara berfaedah.

Haha..sapa nak cuba...

tips melepaskan marah dgn cara berfaedah.

1. bila rasa nak marah..ambil cangkul..anda cangkul tanah..smpai jadi batas..lagi tinggi tahap kemarahan, lg banyak batas yg dicangkul..pastu ambil benih..tanam..

2. ambil mop..pastu mop lantai, .lagi tinggi kemarahan lagi kuat anda mop...mop sampai lantai berkilat.

Akhirnya kemarahan yg dilepaskan membuahkan hasil.

Wednesday, January 16, 2013

Khasiat daun pudina...wahhh pokok daun pudina Su .. hidup subur..

Rutin Su setiap pagi ialah..menyiram dan membelai pokok Su. Pagi nih nk citer ttg khasiat daun pudina. Hasil bertanya dgn pak cik Google...dapatlah info nih..

Pudina tergolongan diantara pembantu semulajadi merawat penghadaman. Ia telah digunakan beribu tahun dahulu dalam merawat muntah muntah, cirit birit, masalah penghadaman dan masalah masalah berkiatan diantaranya;

• Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
• Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut.
• Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
• Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
• Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.
• Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.
• Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
• Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
• Pudina memiliki sifat anti-fungal dan dapat digunakan merawat jangkitan kulat (candida).
• Teh pudina telah lama digunakan melegakan sakit kepala.
• Lain faedah kesihatan teh pudina termasuk melegakan anxiety, depression, nervous tension, dan lain lain kesan negative dari stresses.
• Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit. .
• Teh pudina adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).

Pudina segar dan daun pudina telah lama digunakan dalam ubat rawatan tradisional dan moden. Ramai menggunakan daun pudina dalam penyedian teh atau untuk merawat masalah perut. Pudina telah lama dikenali pada kedua duanya sekali, rasa nya dan nilai perubatannya.


Wahhh byk khasiat daun pudina kan...

Apa lagi...jom berulam daun pudina...Su biasanya x masuk dlm teh pun..kunyah2 mcm tuh pun dah sedappp...

Anak Su kata " mama nih pokok ubat gigi yer " hehe...


  Cantik kan...inilah pokok pudina yg Su tanam..tak  pernah pakai baja kimia..sbb Su suka buat ulam...Su nk dia membesar tanpa baja kimia. Daun pudina anti-kanser???.skg jugak Su nk pegi petik.


Tuesday, January 15, 2013

Daun kesum

Penah tengok daun kesum?..jgn kata tak pernah..esp org Johor dan Melaka, kalau tak de daun kesum..jgn mimpi nak buat asam pedas..nnt tak sedap.

Tau tak camna nak dapatkan benih daun kesum?..nak kena balik kg ? tak yah lah..senang ajer nak dapatkan benihnya...beli ajer daun kesum kat pasar..pastu rendam dalam air..lepas 2-3 hari akarnya akan keluar.

Lepas akar dah keluar bolehlah transfer kat dalam pasu atau atas tanah...kalau dok perumahan mcm Su nih..mmg mimpilah nk bercucuk tanam atas tanah kan..tanah yg ada pun tak sesuai..coz daun kesum perlukan tanah yg tinggi kelembapannya. Cara paling mudah tanam dalam pasu...utk hasil yg lebih bagus..Su gunakan besin kecil yg ditebuk sedikit ajer di bahagian bawahnya coz Su nak air yg bertakung didalam besin tuh..barulah daun kesum hidup subur.

Jgn sedih kalau hanya sebatang dua ajer yg hidup selepas transfer atas tanah sbb pokok daun kesum cepat membiak.lepas seminggu dua..anda akan dapat hasil macam nih.




Seronok tau jaga pokok2 nih..bila tgk pokok dah subur rasa berbaloi sangat...tak rugi berbudi pada tanah.

Sedap tau..jika dapat masak daun segar..petik dari pokok..cuci dan terus ke dlm periuk...

Selamat bercucuk tanam.

My roses

Alhamdulillah...bila kita tanam bunga, pasti kita nak tgk hasilnya kan...pokok bunga ros su dah start mengeluarkan bunga....taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bila buka pintu jerk nmpak bunga nih su akan tersenyum.
Damai rasa dihati..nanti bunga banyak2 yer sayanggg..bagi hati mama berbunga setiap hari.

Terima kasih Allah atas limpahan rahmatmu...dpt tgk pokok berbunga pun rahmat Allah juga kan, hati tenang juga rahmat Allah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...