Followers

Saturday, November 09, 2013

Kencing manis ketika hamil (GDM)

Actually semasa mengandung ketiga2 anak2 Su dulu semuanya Su kena cucuk insulin kerana kadar gula dalam darah tak dapat dikawal ketika mengandung. So oleh kerana dah ada rekod yang tak berapa cantik Su kenalah menyerah diri lebih awal kali ini. Tak perlu tunggu hingga 5-6 bulan..baru 5 minggu pun dah sanggup serah diri..semuanya demi keselamatan zuriat dalam kandungan nih..bukannya apa..susah nak dapat rezeki nih. So jaga amanah Allah s.w.t nih sebaik2nya.

Untuk menguji kehadiran penyakit yang tak diundang nih..Su terpaksa buat BSP.

Apa itu BSP?..BSP tuh ialah Blood Sugar Profile..

Jika anda mengandung anak sulong biasanya kena minum air gula dulu..buat pun lewat sikit..tapi jika dah tahap senior macam Su nih dan dah ada rekod kurang cantik..doktor suruh buat BSP terus.

Sehari sebelum buat BSP..Su pergi klinik dulu..dapatkan surat dari doktor untuk refer ke Hospital yang berdekatan..Su memilih Hospital Putrajaya, sbb dekat dengan rumah dan dah ada rekod kat situ. So tak adalah kena interview banyak sgt macam orang baru nak masuk kerja hehe..doktor pun senang dah boleh baca rekod2 yang lama kat sistem..yerlah kot..sesuka hati jer bagi info..(agaknya lah..)

Setelah doktor di Putrajaya baca surat yang dibawa..esoknya Su diminta datang seawal jam 8 pg untuk ambil darah..sebelum tuh kenalah berpuasa bermula jam 12 tgh mlm..relaxlah waktu tido zzzzz dah tuh..kalau ada yang makan lepas 12 mlm..alamatnya anda akan mengembang dengan jayanya semasa mengandung hehe.

Actually sekejap jer ambil darahnya..tgk nasiblah..kalau jenis yang senang okeylah..kalau susah nak dapatkan urat yang betul..alamatnya lamalah..dan agak sakit. Lepas kena cucuk dapatlah kesan lebam..jangan takut..sikit jer tuh..macam kena jentik sikit jer berbanding sakit bersalin nanti.

Su kena datang ambil darah pukul 8a.m, 11am , 5pm dan 9pm.
Jika di Putrajaya yg pukul 8am dan 11 am dibuat di O&G klinik dan yg 5pm dan 9pm dibuat di Wad bersalin.

Keesokkannya kita di minta datang ke O&G untuk berjumpa pakar di sana..jika result tak cantik aka kantoi maka bermalamlah di hospital untuk insulin. Keputusan Su amatlah tak cantiknya..tapi Su dah bersedia berdasarkan pengalaman sebelum ini..So takdelah terperanjat ke..terkejut ke macam ala2 dalam filem tuh..nak WHATTTTTT berbagai..Su terima dengan hati terbuka dan relax jer..

Actually Su dah bersedia sampai tahap dah kemas2 baju siap2 masuk beg..sbb dah duga nak tidur kat ward..haaaa tgk tuh..persediaannn..haha..Su dah janji kat diri sendiri tak nak merungut sebab Su anggap rezeki nih rezeki terbesar dalam hidup...nak lahirkan 1 lagi nyawa..manalah tahu ini bakal ulama, bakal hafiz, bakal hafizah, bakal imam, bakal ustazah, bakal ilmuan islam...mana tahu kan...tgk tuh angan2 Su tinggi melangit kan..So Su tak mahu merungut atas kurniaan Allah s.w.t..Su redha atas segala ujian.

Su nak menyambut segala ujian dengan senyuman..Su nak anak Su tahu yang ibunya sentiasa redha.

Okey nnt Su ceritakan pula pengalaman kat ward yer..

Hari nih rezeki Su ..ward dah penuh so balik rumah dulu..tidur di rumah..esok pagi2 serah diri ke hospital.

2 comments:

SALIZA SACHARI Pengedar Shaklee said...

Ibu mana yg nak kena GDM time hamil, kalau boleh nak elak kan..

Unknown said...

Salam sis..nk tnya laa..utk bermalam kt wad sbb nk adjust insulin tu rasa2 hsptl swasta ambik x ek kita utk admit?? Dh 2 baby pengalaman bemalam di hsptl gov Allah..bekampung pnya lama smpai dorg btol2 puas hati dgn reading yg ngam ngn dos insulin tu..tp stressnya lama2 kt hsptl Allah je tau..apa laa salah dia tahan 2mlm than selebihnya doc kt kk adjustkn skit demi skit. Drpd melangok lelama kt hsptl..stress

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...