Sebenarnya Su dah lama menunggu kehadiran zuriat nih ..Zahra pun dah nak masuk 4 tahun..elok lah Su dapatkan adik untuk Zahra..lagipun umur Su sudah meningkat..tahun depan dah nak masuk 37 tahun..kalau boleh Su nak bersalin sebelum umur 40 tahun..lepas tuh nak berehat.Bila dah menjangkau umur 50 tahun nanti anak2 dah besar dan ketika itu sudah tentu hidup tertumpu untuk beribadat kepada Allah s.w.t. sahaja.
Bagaimana Su tahu Su pregnant?..untuk adik2 yang baru berkahwin..salah satu tanda2 pregnant ialah kita tidak akan period..pandai2 lah mengira kiraan period, tanda setiap bulan agar kiraan kita tepat. Jika dah lewat bolehlah buat ujian sendiri..adik2 boleh beli pregnancy test di farmasi.
Cara2 check?..ada dinyatakan di kotak...tak pun rajinkan diri mengoogle. Setelah sah pregnant..pergilah berjumpa doktor untuk mengetahui jangkaan tarikh kelahiran atau EDD. Apasal cam rancangan kanak2 plak nih..haha..mentang2lah dah anak ke 4..rasa cam senior plak. Yerlah Su nak bagi panduan untuk adik2 yang baru pregnant anak sulong..bagi yang dah banyak kali bersalin tak yah bagi panduan dah..udah expert bab check mengecheck nih yer dak. Yang penting dapatkan vitamin2 yang diperlukan untuk ibu mengandung seperti obimin dan folic asid.
Selain dari period tak kunjung tiba, tanda2 lain seperti tak sedap badan, rasa pening2, ada sesetengah orang akan muntah2..tapi Alhamdulillah..Su jarang sekali muntah2..Syukur pada Allah s.w.t.
Tanda2 lain..Su tolong googlekan lah yer..jom2 kita check..kot2 korang pun ada rezeki juga..
1. Payudara bengkak dan lembut
2. Kerap membuang air kecil
3. Mudah Letih dan sering rasa mengantuk.
4.. Mual (Morning Sickness)
5. Terlambat Haid
6. Perubahan Mood
Jika ada tanda2 diatas..cepat2lah pergi beli pregnancy test yer..
okeylah itulah sedikit sebanyak info yang boleh diberi oleh kakak senior nih..hahaha..
Sepanjang kehamilan rajin2lah mengoogle, baca buku atau tanya yang lebih arif..jaga kesihatan baik2..
Opss..sebelum kakak senior membebel tak tentu arah baik kita stop sini dulu..
Sepatutnya hari nih bermalam di ward..tapi takdir penentu segalanya..ward pulak penuh..so kena datang esok..
Lorrrr baru sah pregnant dah kena masuk ward berbagai..nak buat camna..nama pun kakak senior..macam2 hal lah..masalah kesihatan yang diduga oleh Allah s.w.t..terima saja dengan hati terbuka..tak mahu merungut sebab kurnian zuriat nih rezeki yang tidak ternilai..setakat bermalam di hospital tuh hanya dugaan ringan ajer..
Takkan nak merungut setelah Allah s.w.t limpahkan rezeki dan rahmat..tanyalah ibu2 mana sekalipun..mereka juga sanggup seperti su..itulah pengorbanan namanya.
No comments:
Post a Comment