Alhamdulillah..
Hilang rasa penat nih
Sepanjang anak2 exam
Macam2 Su dan Jay dah lakukan
Sama2 belajar tiap2 malam
Bergilir2 dengan Jay
Paling kesian kat Jay..balik kerja jer terus ajar anak2
Nampak sgt dia letih..
Buat peta minda, carta dan mcm2 lagi
Ada juga teknik2 mengajar math yg tak diajar disekolah
Tapi kami usaha mencari di internet untuk di ajar pada anak2
Kkdg..terjerit juga sekali dua bila anak2 malas
Sebab ada ketikanya macam kami berdua plak yg nak ambil exam.
Tapi hari ini..
Allah s.w.t bagi kami tersenyum
Anak bawa balik result yg cemerlang
Berjaya dapat tempat pertama utk keseluruhan murid.
Terima kasih juga untuk guru2.
Panjang lagi masa anak2 nih...
Semoga Allah s.w.t sentiasa memberkati usaha kami ini.
Terasa berbaloi juga berkorban berhenti kerja untuk didik anak2 dgn tangan sendiri.
Mendorong anak2 kecil bersolat terutama solat subuh memerlukan pengorbanan.
Jangan sesekali memarahi atau mengejut mereka dengan cara kasar kerana mereka akan rasa terpaksa.
Diantara cara2 yg boleh dilakukan
- Mengejut mereka dengan suara yg lembut beserta puji2an. Mmg mengambil masa yg agak lama tetapi InsyaAllah berjaya.
- Jika perlu mandikan mereka.
- Sediakan pakaian solat mereka.
-Dorong mereka untuk bersolat jemaah di Masjid atau surau (jika lelaki).
Teknik memuji dan memujuk ini memakan masa sedikit tetapi jiwa anak
akan jadi lebih lembut. Pastikan ibu bangun lebih awal (sblm azan subuh)
takut ibu pula yg tak sempat bersolat nnt.
Sedikit perkongsian agar bermanfaat.
Smlm sblm tidur Su dan anak2 layan citer ttg Rasulullah..
Ttg penghijarahan baginda dari Mekah ke Madinah
Memula nmpak airmata Ammar berlinangan..
Su tanya dia "Abang sedih?.. Ammar angguk..kesian nabi katanya.
Last2 mamanya pulak yg lebih nangis...hehe
su nih mmg ratu airmata..
Kakak pulak melepaskan geram.."kalaulah masa tuh kakak ada kat situ,
kakak pijak2 org kafir tuh..geram betul"
Bersemangat anak2...
Sblm tidur Ammar bgtau.."mama, abg nak jadi mcm Rasulullah boleh?
Ya Allah, ibu mana yang tak mahu anak dia mempunyai sifat yg baik
seperti Rasulullah..terpuji, penyayang dan lengkap serba serbi.
Sebelum tidur mmg elok jika anak2 nih diceritakan ttg cerita yang baik2.
biar mimpi mereka jadi indah..biarkan angan2 mereka tinggi hingga ke bintang. Biarkan mereka tidur dengan semangat perjuangan.
Rasulullah dah lama meninggalkan dunia ini tapi kasih sayang baginda
kepada umatnya kekal sampai bila2.