Followers

Monday, December 16, 2013

Kita tak akan makan Mc'D lagi...

Salam pagi Isnin...
Perkongsian nih dah lama Su nak tulis tp asyik tertangguh, maklumlah penyakit "kemalasan melampau" melanda sejak akhir2 nih..pening sana, pening sini..harap2 cepatlah berakhir, nk jadi insan rajin semula..insan yg tak reti dok diam..rindu nak buat semua kerja..alih perabot sana..alih perabot sini..mop lantai..menjahit..tanam bunga..ishhhh byk benar kerja2 yg tak boleh buat sekarang.

Baru2 nih Su sekeluarga menghantar kakak ke Ipoh untuk sertai motivasi. Selepas menghantar kakak Su sempatlah ronda2 sekitar Ipoh...habis semua jalan Jay masuk..dan yang lawaknya..stadium hoki pun ditunjuknya. Maklumlah hoki kan dah jadi macam darah daging Jay..byk nostalgia dia kat stadium hoki tuh so Su ikutkan ajer..tp siap warning.."Abg Su tak mahu turun tau..tgk dari luar ajer".

Dah puas pusing2..Su ajak Jay berhenti kat mana2 tempat sbb dah boring dok dalam kereta. Sempatlah kami ke Ipoh Parade. Terkejut juga Su..ramainya Cha Ya Nun Alif..tak rasa mcm kat Malaysia dah..kebetulan ada promosi Astro kat situ..tapi...mc pun terpaksa guna bahasa cina. Memandangkan Ipoh Parade dah macam berada kat China, Hong Kong atau Macau..maka Su pun ajak Jay keluar...pening kepala + sedikit kesal..Oh Malaysiaku..malas citer panjang kang mcm racist plak..walaupun dalam hati nih macam nak nyatakan sesuatu...

Memandangkan perut pun dah lapar Su ajak Jay cari tempat makan..Jay pun tak tahu nak makan kat mana..kalau dulu Ipoh terkenal dgn Nasi Ganja tp kali nih mmg Su tak singgahlah..sbb rekod dah kena tutup sbb kebersihan maka Su takkan menyerah diri ke situ..walaupun "famous".

Pusing punyer pusing kami nampak Jusco..okeylah kita cuba cari food court kat dalam tuh..adeihh lega rasa..lagipun kat food court tu ada playground..bolehlah Ammar dan Zahra, main kat situ..maklumlah budak2 duduk dalam kereta lama2 satu seksaan utk mereka..bila dapat bermain apalagi lepas geramlah merea berdua.

Lepas makan dan jalan2 kami buat keputusan utk keluar dari Jusco..Jay pimpin Ammar dan Su pimpin Zahra. Jay jalan kedepan sedikit dari kami..tetiba..Zahra nampak Mc'D..masa tuh ada promosi Hello Kitty..Zahra dah mula merengek..
"adik nak Hello Titti..adik nak Hello Titti" puas Su memujuk tapi Zahra tak mahu berganjak.
memandangkan Zahra masih kecil dan sukar nak faham, Su terpaksa akur..dgn berat langkah dan berat hati Su melangkah masuk ke Mc' D...

Ya Allah dah lama Su tak beli Mc'D sbb kami sekeluarga boikot Mc'D dan product2 yg menyumbang kepada Israel laknatullah. Walaupun nampak kecil tapi demi rasa kasih dan sayang kami pada rakyat Palestine kami memboikot secara berterusan..tapi..akhirnya demi permintaan anak kecil yg tak tahu apa2 Su terpaksa melupakan sekejap boikot tuh..
"Okey..beli Hello Kitty shj, tak perlu beli makanan" bisik hati Su.

Semasa beratur Su nmpak Jay dan Ammar masuk..cepat2 Su bgtau Jay, Zahra nak Hello Kitty shj.
Ammar plak tgk Su dgn muka pelik dia..pelik dia tetiba mama masuk McD setelah sekian lama memboikot. Sampai di kauter..barulah Su tahu..jika beli set lagi untung berbanding hanya beli toys shj..so su pun beli set..satu untuk Ammar dan satu untuk Zahra..terpaksalah beli dua sbb tak mahu mereka berebut. Selepas habis urusan jual beli kami pun terus bergerak ke kereta.

Actually Su terpaksa menunggu Along (kakak Jay) dan Mama sampai dari Teluk Intan..So kami berhentikan kereta berdekatan Petronas. Su buka nugget McD yg Su beli tadi dan hulurkan pada Ammar.

Tetiba Ammar bertanya
" Mama, boleh makan ke?, halal ke?"
" Boleh Abang, McD nih halal dimakan cuma kita boikot jer sbb sayang saudara Palestine kita"
"Abang tak nak lah mama, abang kesian kat Palestine"
"Mama minta maaf, mama terpaksa beli sbb adik dah merengek tadi, lepas nih kita tak makan lagi"
Akhirnya Ammar akur dan ambil nugget tuh..

Tetapi..tetiba Su rasa betul2 tersentuh sbb sebelum makan Ammar sempat berdoa..

" Maafkan abang  Palestine..abang janji tak makan lagi, hari nih ajer..abang janji abang tak makan lagi"...sblm makan byk kali juga dia confirmkan dgn Su..boleh ke mama?..Su angguk ajer..

Su dan Jay senyum ajer masa tuh..senyum bukan sbb suka anak makan McD..tapi senyum sbb Ammar kuat pendirian ttg boikot nih..dulu Su pernah bawa dia ke ceramah Aqsa Syarif..mulai dari ceramah tuhlah dia mula boikot.

Semoga semangat Jihad sentiasa ada di jiwa anak2..InsyaAllah.
Maafkan mama kerana kadangkala mama juga tewas dan hati nih tak sekuat mana.
"Kita tak akan makan McD lagi..InsyaAllah.







Saturday, November 16, 2013

Pengalaman di masukkan wad di Hospital Serdang

Su nak ceritakan pengalaman Su kali pertama di masukkan ke wad di Hospital Serdang.
Su sakit apa?..sakit biasa2 ajer..malaslah nak hebahkan penyakitnya tapi adalah kaitan
dengan kandungan nih.

Pada hari Jumaat 8/11/2013 Su telah berjumpa doktor di Putrajaya. Su diarahkan dimasukkan ke wad di Putrajaya. Su di minta mendaftar di kaunter kemasukkan wad di Jabatan Hasil. Tetapi malangnya wad O&G dah penuh. Su di minta tinggalkan no tel dan pulang ke rumah dulu, jika ada katil yang kosong mereka akan call Su. Alhamdulillah, hikmah dari ketiadaan katil Su dapatlah pergi ke SRA untuk tandatangan report card anak2..lihat perancangan Allah..dalam susah hati Allah bagi kita gembira. Seronok tau dapat berjumpa dengan ustazah bertanya perkembangan anak2. Tunggu punya tunggu sampailah hari Sabtu 9/11/2013 masih tiada panggilan dari Putrajaya.

Satu lagi hikmah yang Allah s.w.t bagi dari ketiadaan wad..dapatlah Su menghadiri Acara Sukan tahunan di Sekolah kakak..kebetulan kakak masuk perbarisan unit beruniform, Su pula di minta menjadi juri pertandingan perbarisan tapi Su tak mengadili kakak coz ditugaskan untuk mengadili rumah pasukan. Uhhh nasib baik..kalau tak juri tak tahu nak pilih yg mana tau..jadi serba salah.

Sepanjang hari Sabtu tuh Su tunggu lagi panggilan dari Hospital Putrajaya. Sebelah petangnya Su cuba menghubungi dewan bersalin Putrajaya untuk mengetahui samaada wad masih ada yg kosong atau tidak.
Tetiba Su diminta datang segera kerana Su tidak boleh lewat dapatkan rawatan kerana berisiko untuk bayi yang Su kandungkan nih. Selepas solat maghrib Su dan Jay pergi ke Dewan bersalin untuk berjumpa doktor yang bertugas. Doktor yang bertugas telah mengeluarkan surat untuk Su bawa ke Hospital Serdang, menumpang wad di sana buat sementara. Actually su menuggu hampir 3 jam di dewan bersalin kerana doktor ada emergency case. Su diminta pergi ke Serdang malam itu juga..jam dah hampir 11 mlm, anak2 pula dah tertidur dalam kereta. Su merayu pada doktor agar Su dibenarkan pergi ke Hospital Serdang keesokan harinya. Akhirnya doktor benarkan memandangkan Su ada anak2.

Pada Ahad 9/11/2013, Su telah pergi ke Bahagian Emergency Hospital Serdang. Ya Allah..disinilah dugaan yang menguji kesabaran Su. Menunggu berjam2 untuk dapatkan rawatan bukan perkara mudah. Rimas, bosan semua ada..kkdg rasa spt duduk di negara asing pun ada..Warga Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Indonesia terlalu ramai di wad kecemasan.Sebenarnya yang sakitnya seorang tapi yang menghantarnya sekampung sebab tu  jadi sesak di situ..belum masuk bangsa cina dan India yang terkenal dengan bisingnya lagi. Banyak kali Su cuba memejamkan mata dan menarik nafas untuk menenangkan diri. Akhirnya giliran Su dipanggil..sampai di bilik doktor Su serahkan surat rujukan dari Putrajaya. Sebenarnya Su telah menyerahkan surat tersebut di kaunter tapi mereka minta Su berjumpa doktor dulu. Setelah doktor membaca surat tersebut Su diminta ke bahagian Separa kritikal untuk menunggu untuk di masukkan ke wad.
Akibat dari terlalu lama menunggu, badan pun terlalu letih Su lupa untuk bertanya wad kelas berapa su ditempatkan. Su pun dihantar ke wad.

Su ditempatkan di Wad Pembedahan Am...wad 6B..rupa2nya Su ditempatkan di Wad kelas 3...1 bilik ada 7 katil..dan kedudukan katil pula amat tidak selesa..ia seperti katil tambahan. Masa tuh Su rasa macam nak balik  rumah jer . Su bertanya pada jururawat bertugas bagaimana Su nak dapatkan bilik yang lebih selesa. Jururawat minta Su bayar deposit sebanyak RM400 di Jabatan Hasil untuk dapatkan wad kelas dua. Jika Wad kelas 1 bayarannya RM800..Su pilih wad kelas dua sebab takut nak duduk sorang2. Setelah Jay buat bayaran Su telah dipindahkan..Alhamdulillah..bilik luas dan ada 2 pesakit shj. Barulah rasa tenang dan sedikit terubat hati nih setelah apa yang Su lalui bermula dari Putrajaya hingga ke Serdang. Su bermalam di hospital bermula dari Ahad hingga Rabu. Alhamdulillah sekarang Su berehat di rumah.

Friday, November 15, 2013

Bersedihlah wahai ibu dan ayah

Jika anak dapat semua A dlm peperiksaannya
Tapi solatnya tak cukup lima waktu
Bersedihlah wahai ibu dan ayah

Jika anak dapat semua A dlm peperiksaannya
Tapi bacaan Al-Quran  dan tajwidnya kurang sana sini
Bacapun sebulan sekali atau setahun sekali
Bersedihlah wahai ibu dan ayah


Jika anak dapat semua A dlm peperiksaannya
Tapi berpuasapun  tak mahu
Tunduk atas perintah Allah pun tak mahu
Bersedihlah wahai ibu dan ayah


Jika anak dapat semua A dlm peperiksaannya
Tapi aurat anak2 tak terpelihara
Terdedah sana sini
Bersedihlah wahai ibu dan ayah

Jika anak dapat semua A dlm peperiksaannya
Tapi akhlaknya buruk
Bersedihlah wahai ibu dan ayah


Jika anak dapat semua A dlm peperiksaannya
Tapi ibu dan ayah terlupa menitik beratkan agama
Dalam hidup anak2
Bersedihlah wahai ibu dan ayah

Ibu dan Ayah
Anak2 kita mahu bahagia di dunia dan di akhirat.
Kasihanilah mereka
Tanggungjawab kita mendidik mereka
Biar kita menangis di dunia tapi kita sama2 gembira di akhirat

Saturday, November 09, 2013

Boleh ke solat tanpa telekung?

Boleh ke solat tanpa telekung?

Telekung bukanlah syarat sah solat..telekung hanyalah sejenis pakaian solat yang dipakai oleh wanita islam yang kebanyakan datang dari Nusantara.

Pakaian yang semestinya dipakai oleh seorang wanita apabila sedang solat atau di luar solat adalah sesuatu yang dapat menutup dirinya dari kepala sehingga ke kaki kecuali muka dan tangan dari pergelangan ke jari-jari. Selain itu pakaian tersebut hendaklah longgar dan labuh, tidak menampakkan bentuk badan ataupun bayangan ataupun warna kulit di sebaliknya. 

Oleh itu apa sahaja pakaian yang dapat menepati syarat ini boleh digunakan bagi tujuan mendirikan solat dan urusan harian di luar rumah. Telekung yang selalu dipakai oleh muslimah di Nusantara ini sangatlah baik kerana ia menepati segala syarat-syarat tersebut tetapi perlu diketahui bahawa telekung bukanlah satu-satunya sahaja yang boleh digunakan untuk bersolat. Dalam erti kata lain, telekung bukanlah syarat wajib solat.

So..janganlah bagi alasan
"telekung tertinggal"
"telekung tak ada"
"telekung dah koyak"

Dan yang paling penting..berpakaianlah dengan sempurna so anda akan sentiasa bersedia walau dimana sahaja anda berada..dan yang paling best tak perlu nak bawa banyak2 beg bila keluar rumah. Su sendiri pun dah lama tak bawa telekung bila keluar rumah..hanya bersedia dengan pakaian lengkap solat..pakai lah apa sahaja asalkan menutup aurat..jika memakai baju berlengan lebar seperi baju kurung jangan lupa pakai sarung lengan. Tapi dari pemerhatian Su ..ada sesetengah orang malaysia yang masih pelik apabila kita bersolat tanpa telekung..tapi tak apa..fikir positif..sekurang2nya mereka belajar sesuatu yang baru..penampilan kita akan membuka ruang untuk mereka bertanya boleh atau tidak..kepada yang lebih arif nanti... dan akhirnya dapat menarik hati mereka untuk berpakaian lengkap juga.

Okey pesanan su...pakailah pakaian yang lengkap sebelum keluar rumah..pasti memudahkan kita untuk beribadat dimana shj kita berada..lebih cepat dan mudah.


Ammar dan Insyirah terima kasih kerana menjaga nama baik mama dan ayah.

Semalam Hari Jalinan Kasih dan menandatangani buku rekod di SRA Bandar Bukit Puchong.

Sekali lagi Su nak ucap syukur Alhamdulillah..kuasa Allah s.w.t tak sapa menduga.
Sepatutnya smlm Su masuk ward tapi tertangguh sbb ward penuh..Su minta balik dulu daripada penat menunggu. Rupa2nya ada hikmahnya..dapatlah Su menjenguk anak2 di SRA..dapat bertentang mata dengan ustazah bertanya perkembangan anak2.

Majlis bermula pukul 3 ptg-5 ptg..Mula2 Su ke kelas Ammar dulu..Alhamdulillah taklah tunggu lama sangat nak dapat giliran sebab hanya ada 4 orang ibu bapa ajer masa tuh..yang lain mungkin dah balik atau belum datang lagi.

Setelah bersalam dengan ustazah Su pun duduk..berdebar2 juga..ustazah pun membuka report card..
Ya Allah syukur pada Allah..Ammar mendapat tempat pertama didalam kelasnya..dan lebih membanggakan Ammar juga mendapat tempat pertama keseluruhan untuk tahun 1..kesemua murid tahun 1 ada 50 orang.
Ammar juga memperolehi keputusan Mumtaz.

Walaupun keputusan peperiksaan membanggakan, Su lebih berminat untuk mengetahui sahsiah dan peribadi
anak2 didalam kelas..tak ada gunanya jika belajar pandai tapi mempunyai sikap yang buruk.

Alhamdulillah..dari komen ustazah..Ammar seorang pelajar yang cepat menghafaz..sehinggakan ustazah terpaksa memberi 1 ayat lebihan berbanding pelajar lain kerana Ammar akan menghabiskannya dulu..Ammar juga telah dipilih oleh guru besar untuk mewakili sekolah dalam hafazan untuk masa akan datang...kerana bakatnya sudah ada. Ammar juga satu2nya pelajar yang mendapat mumtaz dalam subjek hafazan di sekolah.

Ustazah juga menyatakan Ammar sorang yg ringan tulang..selalu offer diri untuk membantu..kkdg ustazah baru jer sampai depan muka pintu Ammar dah cakap.."ustazah...hari nih saya nak tolong ustazah.." Ya Allah..sebagai seorang ibu sudah tentu Su gembira apabila ustazah komen begini..Su terus cium Ammar..rasa syukur sangat2..Ammar dapat jaga adabnya di sekolah..sbb Su selalu bimbang,..bimbang jika anak hanya berperangai baik di depan Su tapi sebaliknya di belakang Su..

Diantara komen yang menarik ialah Ammar selalu advance bila diminta siapkan kerja sekolahnya..jika di minta membuat hanya muka surat 10 contohnya, Ammar akan siapkan hingga mukasurat 15..dan buku2nya akan habis dulu..sehingga ustazah minta maaf kerana kerap minta Su belikan buku baru..tak apalah ustazah..duit tak boleh bawa mati. Itulah sedikit sebanyak cerita tentang Ammar, maaflah jika cerita nih nmpak seperti membangga diri, Su hanya seronok berkongsi perasaan seorang ibu. Tiada niat membangga kan anak2..lagipun perjalanan hidup mereka masih jauh.

Setelah habis menandatangani buku rekod Ammar..Su ke kelas kakak Insyirah pula. Walaupun result kakak tak secemerlang adiknya tapi Su tak pernah membezakan kasih sayang dua beradik nih..sayang Su sama sahaja.

Keputusan kakak biasa2 sahaja..kakak berjaya mendapat tempat ke 12..tak apalah..Su memberi komen kepada ustazah kakak.." nombor tak penting ustazah, yang penting keputusan setiap subjek"..ustazah mengangguk tanda setuju. Kakak tidak berjaya mendapat mumtaz hanya Jiddan shj..namun su tidak boleh membezakannya dengan Ammar..kakak perlu menjawab soalan secara esei dan subjeknya lebih banyak dan mencabar. Ayat2 hafazan  juga lebih panjang dan sukar. Su tak mahu kakak rasa direndah2kan berbanding Ammar kerana kemampuan dan rezeki setiap manusia berbeza..kakak ada kelebihan di bahagian lain. Sebagai ibu Su perlu positif dan memberi semangat kepada kakak, bukannya memarahi atau mengherdek..itu bukan style Su..malahan Su berterus terang di depan ustazah..." mama terima keputusan peperiksaan kakak, mama tak akan marah sebab semuanya dah berlalu, jadikan ia semangat untuk kakak lebih maju" ustazah tersenyum mendengar ungkapan Su..setiap anak ada potensi, jika kakak lemah di bidang agama mungkin kakak ada kelebihan di bahagian lain..dan mungkin juga keputusan kakak berubah menjadi bertambah baik di masa akan datang..sebagai ibu..dorongan dan berfikiran positif sgt penting.

Seperti biasa Su lebih berminat untuk mengetahui sikap kakak di sekolah...Alhamdulillah komen ustazah amat membanggakan..sama seperti Ammar, kakak ringan tulang, dan selalu membantu ustazah sehingga dilantik sebagai pen ketua kebersihan..ermm patutlah bajunya selalu comot..rupa2nya beria2 membersihkan kelas..habis semua meja dilapnya..hehe..kakak juga memberi tumpuan yang baik di dalam kelas cuma keputusan peperiksaan sahaja yang tidak menyebelahi kakak. Tak apa kakak..mama tak kan marah..keputusan peperiksaan hanya perkara kedua..perkara pertama komen tentang akhlak amat membanggakan mama dan ayah. Hanya dengan akhlak yang baik akan membawa kita kepada kejayaan sebenar. Itulah erti kejayaan sebenar bagi mama. Kedudukan dalam kelas bukan ukuran, keputusan 100% juga bukan ukuran..mama bukannya hidup di zaman "Mak Dara' (ibu mertuaku) yang hanya memandang kedudukan doktor dan lawyer sebagai ukuran. Mama ingin menjadi seorang ibu yang melahirkan "khalifah"..seorang khalifah amat tinggi akhlaknya seiring dengan ilmunya. Cuba lagi di tahun hadapan..InsyaAllah doa ini tak pernah padam..sentiasa mengiringi anak2.

Terima kasih kerana menjaga nama baik mama dan ayah. Terima kasih sayang2 mama. Terima kasih khalifah2 mama.

Kencing manis ketika hamil (GDM)

Actually semasa mengandung ketiga2 anak2 Su dulu semuanya Su kena cucuk insulin kerana kadar gula dalam darah tak dapat dikawal ketika mengandung. So oleh kerana dah ada rekod yang tak berapa cantik Su kenalah menyerah diri lebih awal kali ini. Tak perlu tunggu hingga 5-6 bulan..baru 5 minggu pun dah sanggup serah diri..semuanya demi keselamatan zuriat dalam kandungan nih..bukannya apa..susah nak dapat rezeki nih. So jaga amanah Allah s.w.t nih sebaik2nya.

Untuk menguji kehadiran penyakit yang tak diundang nih..Su terpaksa buat BSP.

Apa itu BSP?..BSP tuh ialah Blood Sugar Profile..

Jika anda mengandung anak sulong biasanya kena minum air gula dulu..buat pun lewat sikit..tapi jika dah tahap senior macam Su nih dan dah ada rekod kurang cantik..doktor suruh buat BSP terus.

Sehari sebelum buat BSP..Su pergi klinik dulu..dapatkan surat dari doktor untuk refer ke Hospital yang berdekatan..Su memilih Hospital Putrajaya, sbb dekat dengan rumah dan dah ada rekod kat situ. So tak adalah kena interview banyak sgt macam orang baru nak masuk kerja hehe..doktor pun senang dah boleh baca rekod2 yang lama kat sistem..yerlah kot..sesuka hati jer bagi info..(agaknya lah..)

Setelah doktor di Putrajaya baca surat yang dibawa..esoknya Su diminta datang seawal jam 8 pg untuk ambil darah..sebelum tuh kenalah berpuasa bermula jam 12 tgh mlm..relaxlah waktu tido zzzzz dah tuh..kalau ada yang makan lepas 12 mlm..alamatnya anda akan mengembang dengan jayanya semasa mengandung hehe.

Actually sekejap jer ambil darahnya..tgk nasiblah..kalau jenis yang senang okeylah..kalau susah nak dapatkan urat yang betul..alamatnya lamalah..dan agak sakit. Lepas kena cucuk dapatlah kesan lebam..jangan takut..sikit jer tuh..macam kena jentik sikit jer berbanding sakit bersalin nanti.

Su kena datang ambil darah pukul 8a.m, 11am , 5pm dan 9pm.
Jika di Putrajaya yg pukul 8am dan 11 am dibuat di O&G klinik dan yg 5pm dan 9pm dibuat di Wad bersalin.

Keesokkannya kita di minta datang ke O&G untuk berjumpa pakar di sana..jika result tak cantik aka kantoi maka bermalamlah di hospital untuk insulin. Keputusan Su amatlah tak cantiknya..tapi Su dah bersedia berdasarkan pengalaman sebelum ini..So takdelah terperanjat ke..terkejut ke macam ala2 dalam filem tuh..nak WHATTTTTT berbagai..Su terima dengan hati terbuka dan relax jer..

Actually Su dah bersedia sampai tahap dah kemas2 baju siap2 masuk beg..sbb dah duga nak tidur kat ward..haaaa tgk tuh..persediaannn..haha..Su dah janji kat diri sendiri tak nak merungut sebab Su anggap rezeki nih rezeki terbesar dalam hidup...nak lahirkan 1 lagi nyawa..manalah tahu ini bakal ulama, bakal hafiz, bakal hafizah, bakal imam, bakal ustazah, bakal ilmuan islam...mana tahu kan...tgk tuh angan2 Su tinggi melangit kan..So Su tak mahu merungut atas kurniaan Allah s.w.t..Su redha atas segala ujian.

Su nak menyambut segala ujian dengan senyuman..Su nak anak Su tahu yang ibunya sentiasa redha.

Okey nnt Su ceritakan pula pengalaman kat ward yer..

Hari nih rezeki Su ..ward dah penuh so balik rumah dulu..tidur di rumah..esok pagi2 serah diri ke hospital.

Tanda-tanda kehamilan ...Alhamdulillah Su disahkan pregnant..bermulalah episod baru dalam kehidupan.

Su nak ceritakan bagaimana Su dapat berita gembira nih..atleast sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan untuk ibu2 di luar sana. Selalunya jika nak dapat info Su suka baca blog..so kali nih biarlah Su pula yang share pengalaman nih..tapi tak bolehlah cerita semua..sekadar yang boleh diceritakan sahaja..jika tiada rahsia dalam kehidupan..hidup nih takkan seronok..betul tak?

Sebenarnya Su dah lama menunggu kehadiran zuriat nih ..Zahra pun dah nak masuk 4 tahun..elok lah Su dapatkan adik untuk Zahra..lagipun umur Su sudah meningkat..tahun depan dah nak masuk 37 tahun..kalau boleh Su nak bersalin sebelum umur 40 tahun..lepas tuh nak berehat.Bila dah menjangkau umur 50 tahun nanti anak2 dah besar dan ketika itu  sudah tentu hidup tertumpu untuk beribadat kepada Allah s.w.t. sahaja.

Bagaimana Su tahu Su pregnant?..untuk adik2 yang baru berkahwin..salah satu tanda2 pregnant ialah kita tidak akan period..pandai2 lah mengira kiraan period, tanda setiap bulan agar kiraan kita tepat. Jika dah lewat bolehlah buat ujian sendiri..adik2 boleh beli pregnancy test di farmasi.

Cara2 check?..ada dinyatakan di kotak...tak pun rajinkan diri mengoogle. Setelah sah pregnant..pergilah berjumpa doktor untuk mengetahui jangkaan tarikh kelahiran atau EDD. Apasal cam rancangan kanak2 plak nih..haha..mentang2lah dah anak ke 4..rasa cam senior plak. Yerlah Su nak bagi panduan untuk adik2 yang baru pregnant anak sulong..bagi yang dah banyak kali bersalin tak yah bagi panduan dah..udah expert bab check mengecheck nih yer dak. Yang penting dapatkan vitamin2 yang diperlukan untuk ibu mengandung seperti obimin dan folic asid.

Selain dari period tak kunjung tiba, tanda2 lain seperti tak sedap badan, rasa pening2, ada sesetengah orang akan muntah2..tapi Alhamdulillah..Su jarang sekali muntah2..Syukur pada Allah s.w.t.

Tanda2 lain..Su tolong googlekan lah yer..jom2 kita check..kot2 korang pun ada rezeki juga..

1. Payudara bengkak dan lembut
2. Kerap membuang air kecil
3. Mudah Letih dan sering rasa mengantuk.
4.. Mual (Morning Sickness)
5. Terlambat Haid
6. Perubahan Mood

Jika ada tanda2 diatas..cepat2lah pergi beli pregnancy test yer..
okeylah itulah sedikit sebanyak info yang boleh diberi oleh kakak senior nih..hahaha..
Sepanjang kehamilan rajin2lah mengoogle, baca buku atau tanya yang lebih arif..jaga kesihatan baik2..
Opss..sebelum kakak senior membebel tak tentu arah baik kita stop sini dulu..
Sepatutnya hari nih bermalam di ward..tapi takdir penentu segalanya..ward pulak penuh..so kena datang esok..
Lorrrr baru sah pregnant dah kena masuk ward berbagai..nak buat camna..nama pun kakak senior..macam2 hal lah..masalah kesihatan yang diduga oleh Allah s.w.t..terima saja dengan hati terbuka..tak mahu merungut sebab kurnian zuriat nih rezeki yang tidak ternilai..setakat bermalam di hospital tuh hanya dugaan ringan ajer..
Takkan nak merungut setelah Allah s.w.t limpahkan rezeki dan rahmat..tanyalah ibu2 mana sekalipun..mereka juga sanggup seperti su..itulah pengorbanan namanya.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...