Baru2 nih Su bercuti ke Sarawak
Jika kita hanya mahu keseronokan
Kita hanya akan dapat keseronokan itu
Tapi bukan itu yang mahu Su kongsikan
Su ingin kongsikan apa yang Su rasa
Apa yang Su fikirkan untuk kita sama2 renungkan
Kapal terbang merupakan satu2nya kenderaan yang boleh dinaiki
untuk sampai ke sana.
Semasa perjalanan pulang Su mengambil peluang
duduk di tepi tingkap
Bila kapal terbang membelah awan
Su mula berzikir agar Su dapat rasa nikmat Allah dari pandangan atas
Dari pandangan atas semuanya nampak kecil
Yang kelihatan hanya lautan luas dan hutan menghijau
Tika itu air mata ini mengalir laju
Minda terus mengajak Su berfikir ..
jika dari pandangan atas sana kita tak nampak langsung
kelibat istana2 yang tersergam indah
kelibat kenderaan2 mewah
apatah lagi kelibat manusia yang gah dengan pangkat dan kuasa
Layak kah Su berjalan di muka bumi nanti dengan perasaan sombong dan riak?
Layak kah Su merasa hebat dengan apa yang di capai?
Layak ke???
Allah s.w.t memberi Su peluang untuk melihat ke bumi dengan pandangan yang amat terhad
Yang hanya boleh dilihat dari tingkap yang kecil
Hanya nampak satu sudut sahaja
Sedangkan pandangan Allah s.w.t Maha Luas
Ya Allah kerdilnya kita
Allah s.w.t Maha berkuasa
Mencipta bumi yang indah
Mencipta lautan yang luas
Mencipta awan yang putih bersih
Mencipta gunung ganang.
Mampukah kita mendongak sombong ???
Airmata mengalir laju
Su dapat rasakan sesuatu bila berada di atas sana
Su dapat rasakan Su begitu kerdil
Setiap langkah kita dibumi ini rasailah keagungannya
Dalam tangisan ini Su titipkan rasa syukur
Dalam kesibukan bercuti
Allah s.w.t bukakan minda ini untuk berfikir
Allah s.w.t benarkan airmata ini mengalir untuk menginsafi diri
Walaupun hanya dari perut kapal terbang
Keinsafan itu bukan sahaja tika di tikar sejadah
Keinsafan itu bukan sahaja tika bangkit malam untuk bertahjud
Tapi perasaan yang istimewa ini dikurniakan Allah s.w.t
Tika Su berada di awan
Tika sibuk bergembira
Tika sibuk bercuti
Bukan senang Su dapat merasai semua ini
Semuanya anugerah
Dalam gembira Su diberi peluang untuk menghayati keangungan
Semoga perasaan ini sentiasa ada walau dimana Su berada
Air mata syukur ini satu Anugerah
Alhamdulillah..
InsyaAllah semoga ia hadir lagi
No comments:
Post a Comment