Su sakit apa?..sakit biasa2 ajer..malaslah nak hebahkan penyakitnya tapi adalah kaitan
dengan kandungan nih.
Pada hari Jumaat 8/11/2013 Su telah berjumpa doktor di Putrajaya. Su diarahkan dimasukkan ke wad di Putrajaya. Su di minta mendaftar di kaunter kemasukkan wad di Jabatan Hasil. Tetapi malangnya wad O&G dah penuh. Su di minta tinggalkan no tel dan pulang ke rumah dulu, jika ada katil yang kosong mereka akan call Su. Alhamdulillah, hikmah dari ketiadaan katil Su dapatlah pergi ke SRA untuk tandatangan report card anak2..lihat perancangan Allah..dalam susah hati Allah bagi kita gembira. Seronok tau dapat berjumpa dengan ustazah bertanya perkembangan anak2. Tunggu punya tunggu sampailah hari Sabtu 9/11/2013 masih tiada panggilan dari Putrajaya.
Satu lagi hikmah yang Allah s.w.t bagi dari ketiadaan wad..dapatlah Su menghadiri Acara Sukan tahunan di Sekolah kakak..kebetulan kakak masuk perbarisan unit beruniform, Su pula di minta menjadi juri pertandingan perbarisan tapi Su tak mengadili kakak coz ditugaskan untuk mengadili rumah pasukan. Uhhh nasib baik..kalau tak juri tak tahu nak pilih yg mana tau..jadi serba salah.
Sepanjang hari Sabtu tuh Su tunggu lagi panggilan dari Hospital Putrajaya. Sebelah petangnya Su cuba menghubungi dewan bersalin Putrajaya untuk mengetahui samaada wad masih ada yg kosong atau tidak.
Tetiba Su diminta datang segera kerana Su tidak boleh lewat dapatkan rawatan kerana berisiko untuk bayi yang Su kandungkan nih. Selepas solat maghrib Su dan Jay pergi ke Dewan bersalin untuk berjumpa doktor yang bertugas. Doktor yang bertugas telah mengeluarkan surat untuk Su bawa ke Hospital Serdang, menumpang wad di sana buat sementara. Actually su menuggu hampir 3 jam di dewan bersalin kerana doktor ada emergency case. Su diminta pergi ke Serdang malam itu juga..jam dah hampir 11 mlm, anak2 pula dah tertidur dalam kereta. Su merayu pada doktor agar Su dibenarkan pergi ke Hospital Serdang keesokan harinya. Akhirnya doktor benarkan memandangkan Su ada anak2.
Pada Ahad 9/11/2013, Su telah pergi ke Bahagian Emergency Hospital Serdang. Ya Allah..disinilah dugaan yang menguji kesabaran Su. Menunggu berjam2 untuk dapatkan rawatan bukan perkara mudah. Rimas, bosan semua ada..kkdg rasa spt duduk di negara asing pun ada..Warga Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Indonesia terlalu ramai di wad kecemasan.Sebenarnya yang sakitnya seorang tapi yang menghantarnya sekampung sebab tu jadi sesak di situ..belum masuk bangsa cina dan India yang terkenal dengan bisingnya lagi. Banyak kali Su cuba memejamkan mata dan menarik nafas untuk menenangkan diri. Akhirnya giliran Su dipanggil..sampai di bilik doktor Su serahkan surat rujukan dari Putrajaya. Sebenarnya Su telah menyerahkan surat tersebut di kaunter tapi mereka minta Su berjumpa doktor dulu. Setelah doktor membaca surat tersebut Su diminta ke bahagian Separa kritikal untuk menunggu untuk di masukkan ke wad.
Akibat dari terlalu lama menunggu, badan pun terlalu letih Su lupa untuk bertanya wad kelas berapa su ditempatkan. Su pun dihantar ke wad.
Su ditempatkan di Wad Pembedahan Am...wad 6B..rupa2nya Su ditempatkan di Wad kelas 3...1 bilik ada 7 katil..dan kedudukan katil pula amat tidak selesa..ia seperti katil tambahan. Masa tuh Su rasa macam nak balik rumah jer . Su bertanya pada jururawat bertugas bagaimana Su nak dapatkan bilik yang lebih selesa. Jururawat minta Su bayar deposit sebanyak RM400 di Jabatan Hasil untuk dapatkan wad kelas dua. Jika Wad kelas 1 bayarannya RM800..Su pilih wad kelas dua sebab takut nak duduk sorang2. Setelah Jay buat bayaran Su telah dipindahkan..Alhamdulillah..bilik luas dan ada 2 pesakit shj. Barulah rasa tenang dan sedikit terubat hati nih setelah apa yang Su lalui bermula dari Putrajaya hingga ke Serdang. Su bermalam di hospital bermula dari Ahad hingga Rabu. Alhamdulillah sekarang Su berehat di rumah.