Followers

Thursday, November 01, 2012

sETIAP ANAK ADA POTENSI UNTUK BERJAYA

Minggu anak2 exam dah berlalu..skg musim dapat result pulak..ada yg seronok bila anak2 dapat straight A..ada yg marah2 bila anak dapat result kurang memuaskan.

Siapa yg exam? anak atau ibu bapa?

Ibu bapa harus penuhi diri dgn ilmu..fokus kelebihan anak2 bkn kelemahan, setiap anak pasti ada potensi untuk berjaya..lebihkan pujian daripada kritikan. Jgn bandingkan anak2 kita dgn anak2 org lain, setiap individu mempunyai keupayaan berbeza.

Ibu bapa zaman sekarang perlu mengubah cara berfikir.
Pandang anak2 dgn mata hati, mereka berhak untuk mendapat pujian dan kasih sayang.

Anak yg hebat lahir dari ibu bapa yg hebat..perhebatkan diri kita dgn ilmu dulu jika mahukan anak2 berjaya. INSYAALLAH.

Tuesday, October 16, 2012

JANGAN SESEKALI MENGALAH

Kdg2 kita tertanya2..
mengapa usaha yg kita lakukan bersunguh2 tak berhasil..
kita berjuang untuk hidup..
berusaha siang dan malam tanpa jemu..
akhirnya kita menemui kegagalan...
kita akan rasa kecewa,
rasa diri tak berguna lagi...


TAPI PERCAYALAH....
PASTI ADA HIKMAH..

Allah s.w.t sayang kita..
Allah s.w.t nak tgk kita berusaha lagi
Allah s.w.t kan Maha Penyayang
DIA bukan nak menyeksa hambanya dgn kegagalan
DIA bukan nak tgk hambanya menderita dan terus menderita..
Allah s.w.t tahu apa yg akan berlaku dihadapan kita.
Satu rahsia Allah s.w.t yg mustahil akan diteroka walaupun oleh org yg paling genius di dunia...

MUNGKIN
Dgn kejayaan itu kita lupa diri
Dgn kejayaan itu menhanyutkan kita
Dgn kejayaan itu menimbulkan rasa kagum dan riak
Dgn kejayaan itu kita akan hilang masa dan tanggungjawab utk suami dan anak
Oleh sebab itu, Allah s.w.t tak izinkan rezeki itu untuk kita

YAKINLAH
Pasti ada yg lain..pasti dgn izin nya

APA YG PATUT KITA LAKUKAN

Usaha lagi, jgn mengalah..
Gunakan akal untuk berfikir
Gagal setelah berusaha tak mengapa..
Ia lebih baik dari terus tidak mencuba..






Tuesday, September 25, 2012

Sehari di HKL -Setiap ujian pasti ada hikmahnya. La Tahzan buat kakak yg tidak ku kenali .

 Dah lama Su nak mencoretkan pengalaman sehari di HKL ni tapi kesuntukan masa. Alhamdulillah hari ini ada sedikit ruang untuk menulis.

 Pada 4/9/2012 yg lalu Ammar Raziq telah menjalani pembedahan kecil. Alhamdulillah pembedahan kecil shj. Setelah 2 kali masuk wad di Putrajaya akhirnya Ammar berjaya dibedah di HKL pada 4 Sept. Okeylah Su nk citer sikit pengalaman selama sehari di HKL..byk pengalaman yg menyentuh hati.

Kami bertolak ke HKL pada pukul 5.30pg sbb Ammar perlu ada disana sblm pukul 7pg..mmg ada ditulis di surat yg diberikan oleh pihak hospital..kami smpai sblm 6.30 pg..smpai shj di HKL kami terus ke bahagian Pediatrik. Ermmm..cam biasalah tulis ajer sblm pukul 7, rupa2nya Day care belum buka, kaunter pendaftaran pun belum buka. Su tanya nurse kat situ, diaorang bgtau pukul 7.30 pg baru semua klinik dan kaunter dibuka.. motif tulis sblm kul 7?...ntahlah nk suruh kami dtg awal agaknya..sbb sikap org M'sia suka dtg last minit. Okeylah redha ajerlah. Mulanya Jay nk tunggu sama, tapi Su kesian tgk anak2 takut diaorang letih menunggu, Su suruh Jay bawa kakak dan Zahra balik dulu sbb Su boleh tunggu Ammar sorang2.

Lepas register gitu gini..Ammar jadi org pertama yang dipanggil ke bilik bedah. Pengalaman pertama masuk ke bilik bedah mmg agak mencemaskan..yerlah ibu mana yg tak risaukan anak-anak kan. Sampai di ruang menunggu, Su tgk ada sorang lagi ibu yg sedang menunggu untuk di panggil, kiranya Ammar antara yg terawal lah dibedah pada hari tuh..

Si Ibu menyapa Su bertanya penyakit Ammar, Su pun citerlah sikit sbyk..Anak kecil tuh lg besar ujiannya kerana menghidapi Kanser mata..aduh sayu betul bila melihat mata anak kecil sebaya Zahra. membengkak matanya sebesar bola tenis. Kami berdua tak bercakap byk ketika itu..lidah jadi kelu..memikirkan byk perkara..

Apabila nama Ammar dipanggil, Su telah dibawa ke bilik bedah..cam biasalah..bila melihat semua peralatan pembedahan..hati berdegup kencang. Tp Ammar nmpak tenang ajer pada mulanya..dia siap baring sendiri sebelum dibius. Semasa proses bius Ammar dah start meronta, mencabut segala peralatan yg dipakaikan pada bdn dia..Adalah 4-5 orang nurse yg sama2 memegang Ammar masa meronta tuh.Masa tuh tuhan ajer yg tahu perasaan Su..Su peluk Ammar, Ammar menjerit sekuat hati dia.." tolong..mama..tolong..". Su tenangkan sehingga Ammar tidak sedar. Setelah Ammar tidak sedar sepenuhnya, doc bg Su peluang utk Su mencium Ammar sblm di minta keluar. Masa cium tuh, airmata punyerlah tak boleh control..

Semasa pembendahan dijalankan Su diminta menunggu di tempat menunggu iaitu di luar bilik bedah. Masa tuh airmata mmg tak berhenti mengalir..dah lah masa tuh sorang2. Salah satu cara nak tenangkan diri, Su ambil buku "La Tahzan" yg su bawa sbg bekalan..alamak..baca tapi tak leh fokuslah pulak..hati masih ingat Ammar. Tetiba Su dgr suara orang menangis teresak-esak, rupa2nya kakak yg sama2 Su jumpa dalam bilik bedah td duduk berdekatan dgn Su..mulanya Su biarkan ajer kakak tuh dok sorang2..tp lama2 timbul plak rasa kesian..dia pun sedang berseorangan .Su capai beg dan terus duduk sebelah kakak tuh..

Walaupun su tak pernah mengenali kakak tuh, tapi sbg seorang ibu su faham perasaan dia tika itu.. Su cuba tenangkan dia, minta dia bersabar. Tetiba airmata Su plak yg berhenti, nk jadi kaunselor tak bertauliah lah katakan..hehe.. Su usap tangan kakak tuh..Su bgtau kakak tuh..yg "Allah nk bg pahala kat akak..InsyaAllah anak akak tak sakit, kita ajer nmpak dia sakit, dia ada malaikat yg jaga kak..dia tak ada dosa pasti dia tak rasa sakit" . Akak tuh mengangguk dan mula bercerita...nmpaknya dia dah tenang..mcm2 cerita dia ceritakan pada Su..antaranya, dia juga menjaga adik yg down sindrome..wahhh byk betul pahala akak nih collect kat dunia nih..jaga anak sakit, jaga adik down sindrome.. Kemudian Su bgtau akak tuh.." Akak sebenarnya Allah sayang kat akak, Allah bg akak susah kat dunia sbb nak bg akak senang kat akhirat"..tetiba akak tuh senyum kat su..ermm akak nih dah boleh senyum. Kemudian dia bgtau Su, sib baik Su ada katanya...ada jugak orang yg akak boleh berkongsi cerita dan sedih. Tak apalah kak..Su pun tgh sedih juga..tp ujian Su kecil ajer..akak lg berat dari Su..ntah berapa lama lagilah akak tuh nk kena dok kat wad.

Sebelum Su berpisah dgn akak tuh sempat jugak Su menghulurkan buku La Tahzan utk akak tuh baca dalam wad nnt..sebenarnya buku tuh Su paling suka dan sayang..tp kan bagus kalau kita bagi barang yg kita sayang pada org yg memerlukan..LA TAHZAN yer kakak...lupa nk tanya nama kakak tuh. Panjang plak Su tuliskan, nnt boring nak baca..nantilah ada masa dan diizinkan Allah Su tulis lagi..byk lagi nk citer..sehari jerk tapi macam2 yg Su jumpa..itulah kebesaran Allah s.w.t.. Dia bagi dugaan untuk kita cari hikmah...Su lebih rasa bertuah kerana anak Su tidak diuji spt anak2 yg sakitnya lebih berat.

Okeylah stop dulu yer..

Buku nilah yg sempat Su hulurkan pada kakak tuh..semoga menjadi peneman kakak yg Su tak ketahui namanya...Su akan cari pengganti buku nih nnt..ada rezeki Su nk beli lagi sebuah. InsyaAllah.






Ermmm..check sendiri makanan kegemaran kita..takutttt







Jumlah kalori dalam makanan



Ini hasil su bertanya dengan pak cik Google....sesapa yg nak jaga pemakanan tuh bolehlah study sikit jumlah kalori nih..

Kategori:Kuih Muih1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori



kategoriminuman

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
1tbsp minyak apa jenis pun 120 kalories
1 tbsp butter 100 calories
1tbsp santan low fat 9- 15 calories
1tbsp santan biasa 30-50 calories

1/2 cup sayur  20-30 calories
1/2 cup nasi, pasta, mi, bihun, cereal 100 calories
1 keping roti  less 100
1 potato n banana less 100

100g seafood - 100 calories
100g fish - 120-150
100g chicken 130-150
100 g red meat 150

1tbsp sos2 .. 20-40
french fries - 1 small cup (90g)  290 Kcal
hot dog  - 1 whole (82g) 225 Kcal
mashed potatoes  -1 cup regular (94g)  87Kcal
Big Mac - 1    570Kcal


Sangat tinggi / Very high (> 600 kcal)Nasi goreng (dengan telur, ayam dan sayur) /
Fried rice (with egg, chicken and vegetable)

Tinggi/High (401 -600 kcal)
Mi bandung/Bandung noodles
Kueh tiau bandung/Kueh tiau bandung
Mi kari/Curry mee
Nasi dagang/Nasi dagang
Mi hoon bandung/Mee hoon bandung
Nasi briyani, nasi sahaja/Nasi briyani, rice only
Nasi minyak/Oily rice

Sederhana / Medium (101 - 400 kcal)Nasi lemak/Nasi lemak
Mi sup/Mee soup
Roti telur/Roti telur
Kueh tiau goreng/Fried kueh tiau
Roti canai/Roti canal
Capati/Capati
Mi hoon goreng/Fried mee hoon
Mi goreng/Fried mee
Nasi ayam/Chicken rice
Rawadosai/Rawadosai
Putu bambu/Putu bambu
Dosai/Dosai

Rendah / Low (0- 100 kcal)Idlii/ldlii
Putu mayam/Putu mayam


OTHER TRADITIONAL KUIH
Sangat Tinggi / Very High (>300 kcal)Mysore pak/Mysore pak
Laddu/Laddu
Papadam/Papadam

Tinggi  / High (151 - 300 kcal)Bingka ubi kayu/Bingka ubi kayu
Vadai, kacang dal kuning/Vadai, yellow lentil
Lepat pisang/Lepat pisang  Cokodok pisang/Cokodok pisang
Kuih kasturi/Kuih kasturi
Kuih talam ubi kayu/Kuih talam ubi kayu

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)Kuih sagu/Kuih sagu
Pisang goreng/Pisang goreng  Kuih kastard jagung/Kuih kastard jagung
Popia/Popia
Puding jagung/Puding jagung
Kuih kacang/Kuih kacang
Putu kacang/Putu kacang
Cucur badak/Cucur badak
Emping/Emping

Rendah / Low (0-50 kcal)Kerepek ubi kayu/Kerepek ubi kayu  Kuih telur labah/Kuih telur labah
Kuih bangkit sagu/Kuih bangkit sagu  Kuih bangkit/Kuih bangkit


TRADITIONAL KUIH (RICE & RICE-FLOUR BASED)
SangatTinggi / Very high (>300 kcal)Lor-mai-fan (pulut dengan kacang)/
Lor-mai-fan (glutinous rice with peanuts)

Tinggi / High (151-300 kcal)Tepung bungkus/Tepung bungkus
Bidaran/Bidaran
Kuih bom/Kuih bom
Kuih sri muka/Kuih sri muka
Bingka tepung beras/Bingka tepung beras
Pulut panggang/Pulut panggang
Kuih koci pulut putih/Kuih koci with white glutinous rice
Kuih kasui/Kuih kasui
Kuih koci pulut hitam/Kuih koci with black glutinous rice

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)Tapai pulut/Tapai pulut
Kuih lapis/Kuih lapis
Kuih lompang/Kuih lompang
Rempeyek/Rempeyek
Kuih bakul/Kuih bakul
Dodol/Dodol
Wajik/Wajik

Rendah / Low (0 - 50 kcal) Kuih karas/Kuih karas
Kuih buah Melaka/Kuih buah Melaka
Kuih buah rotan/Kuih buah rotan


TRADITIONAL KUIH (WHEAT FLOUR BASED)
Tinggi / High (151 - 300 kcal)Yau-car-kue/Yau-car-kue
Kuih apam balik/Kuih apam balik
DonatlDougtinut
Ham-chi-peng/Ham-chi-peng
Kuih pau kacang merah/Red bean dumpling
Kuih pau ayaml Chicken dumpling
KesarilKesarl
Kuih apam gula hanguslKuih apam gula hangus

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)Halwa/Halwa
Cucur udang/Cucur udang
Kuih ketayap/Kuih ketayap
Karipap/Curry puff
Kuih keria/Kuih keria
Kuih lidah kucing/Kuih lidah kucing
Kuih apam/Kuih apam

Rendah / Low(0 - 50 kcal)Karipap mini/Mini curry puff
Baulu cermai/Baulu cermai
Kuih tat nenas/Pineapple tart
Kuih bawang/Kuih bawang
Kuih kapit/Kuih kapit


Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori
Bah Kut Teh - 1 bowl - 348 kalori
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori
Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
Sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
Teh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl ric


Dah habis study?..makanlah berpada2..

Rahsia hidup positif - Berhenti menangisi masa lampau...


Salah satu rahsia untuk hidup positif ialah berhenti menangisi dan meratapi kenangan masa lampau...
Selain dari program diet yang akan Su lakukan bersungguh2, Su juga nak cuci minda yg dah lama sangat berkarat nih..

Tapi kini Su mahu berubah..Su ingin melupakan sejarah sedih dalam hidup Su.Su tak boleh hidup lagi dizaman itu..zaman hidup susah masa kecil..jika Su ingat Su akan menyimpan dendam kepada byk pihak..kenapa perlu Su simpan semua tuh?..bukan boleh bertukar mnjadi emas..betul tak?.

.Lagipun mak sudahpun meninggal dunia, sebelum ini Su benci kepada org2 yang pernah menyakiti mak, tapi mak sudah tiada, mengapa Su pula yg ingin menyimpan dendam...mengapa Su perlu menyakiti hati sendiri, sedangkan mereka2 nih gembira, daripada Su membuang masa memikirkan mereka lebih baik Su hargai hidup ini...semoga Mak mendapat ganjaran atas kesabaran hidupnya.

Su nak hidup masakini..Allah s.w.t Maha penyayang dan Maha pengasih..kesedihan Su telah ditukar dengan kegembiraan..Su dianugerahi suami dan anak2 yang menyenangkan serta keluarga yang membahagiakan..

Su ingin mensyukuri nikmat yang Allah berikan..Su ingin melalui kehidupan dengan perasaan gembira, Su akan terus menghargai kehidupan ini.

2012 hampir melabuhkan tirai, tidak banyak kejayaan yang Su kecapi tahun nih..Su tak mahu sia-siakan baki beberapa bulan nih..Su perlu buat sesuatu untuk capai sekurang2nya satu kejayaan yg membanggakan. Untuk mencapai kejayaan Su perlu cuci bersih sampai berkilat minda nih..buang semua yang negatif..hingga tidak ada setitik pun yang tinggal..InsyaAllah ..dengan izin Allah pasti boleh berjaya.

Monday, September 24, 2012

Mengemas rumah sebagai salah satu senaman



Banyak kerja yang kita dapat buat semasa mengemas rumah. Sapu sampah, mop lantai, berkebun, lap tingkap, basuh cadar tilam, cuci kereta dan banyak lagi. Kita boleh pilih kerja apa yang kita nak buat. Kalau kita nak buat semua sekali gus pun boleh juga…lagi bagus :)

Purata satu kerja mengemas rumah boleh membakar 50 kalori. Cuba kira jika kita dapat buat empat kerja…..200 kalori!!..banyak tak?

Jom2 mengemop lantai hari nih...


Sarapan pagi sgt penting

Sarapan pagi adalah suatu perkara yang sepatutnya dijadikan kelaziman pada setiap hari. Ia merupakan satu kemestian yang tidak boleh dipandang enteng. Pengambilan sarapan pagi akan membekalkan tenaga agar dapat menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif.
Barangkali ramai di antara kita yang tidak menyedari akan kepentingan sarapan pagi kepada kesihatan tubuh badan. Memulakan hari dengan mengalaskan perut adalah penting bagi membantu seseorang itu cergas, berfikir dengan cerdas, aktif dan menjadi penentu kepada suasana sepanjang hari tersebut. Makanan sebagai pemula itu akan menjadi penjana tenaga untuk kegiatan seseorang sepanjang hari.
Apabila kita bangun daripada tidur, aras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan pagi akan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk memulakan hari dengan cergas.

 Ini kerana, badan kita memerlukan glukosa dalam darah untuk menjana tenaga. Glukosa pula dapat diperolehi daripada makanan yang kita makan. Jika bekalan glukosa ke otak mencukupi, ia membuatkan seseorang cerdas, cergas dan aktif. Tetapi jika glukosa tidak mencukupi dalam badan, maka seseorang akan menjadi tidak aktif, otak mudah letih, malas dan tidak berupaya menjalankan aktiviti seharian dengan jayanya.


Kaitan sarapan pagi dengan kesihatan badan tidak dapat dinafikan kepentingannya. Ia bukan sekadar momokan untuk mengisi perut tetapi sarapan pagi juga terbukti untuk mengurangkan berat badan seseorang. Satu kajian dalam Jurnal Penyelidikan Obesiti mendapati bahawa sebanyak 78 peratus daripada responden telah berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan hasil daripada pengambilan sarapan pagi secara berterusan.
Justeru itu, sarapan pagi bukan sekadar untuk menambahkan tenaga tetapi juga dapat menimbulkan "mood" yang baik, menghasilkan sikap yang positif, mental yang baik dan juga membantu untuk seseorang yang menjaga penampilan badan.

 Sarapan pagi tidak dapat digantikan dengan makan tengah hari. Oleh itu cuba usahakan juga mencari waktu untuk bersarapan pagi walaupun hanya dengan segelas susu. Makan lebih pada waktu tengah hari juga tidak dapat menggantikan keistimewaan bagi yang bersarapan pagi. Ini kerana tabiat ini juga akan menimbulkan masalah kesihatan. Tidak mengambil makanan pada waktu pagi bermakna seseorang telah "skip meal" yang menyebabkan kecenderungan makan lebih banyak selepas itu. Ini disebabkan tahap kelaparan yang tinggi akibat tidak mengambil sebarang makanan pada waktu sebelumnya menyumbang kepada makan lebih banyak karbohidrat yang dapat memberikan tenaga. Situasi inilah yang menyebabkan seseorang mengambil kalori yang berlebihan dan akhirnya menyumbang kepada masalah obesiti.


Tidak mengambil sarapan pagi tidak akan bermakna seseorang akan menjadi langsing. Ada segelintir berpendapat bahawa sarapan pagi hanya akan menyebabkan gemuk. Tanggapan picisan ini menyebabkan mereka tidak mengambil sarapan pagi. Mereka telah membuat kesilapan yang besar kerana menganggap pengambilan makanan pada waktu sarapan pagi akan menyebabkan peningkatan dalam pengambilan kalori. Tetapi hakikatnya, sarapan pagi dapat mengelakkan seseorang makan berlebihan apabila tiba waktu makan tengahari

Okey stop dulu..panjang benor infonya..kang boring plak nak baca..nnt su update apa yg su mkn tika sarapan pagi atau bersahur..yg nih diet islamic..puasa isnin khamis..gantilah dgn sahur..sbnrnya sahur tuh lebih kurang sarapanlah..tapi sunatlah dilewatkan.

Esok punyer sahur. aka sarapan akan diupdate ..Insha Allah

Monday, June 11, 2012

bila hati dah jatuh cinta ngan kraf ni...




sempat buat 2 biji brooch kecil..sementara menunggu baju di basuh..niat di hati nak buat petang nnt..tp bila nampak gunting, benang dan kain felt..terus hati nih rasa nak buat sesgt...x sabar nk tunggu petang..buat juga kejap..x lama dlm 20 minit ajer 2 biji nih...sabarlah suhaila oiii...byk lagi kerja lain pagi2 nih...listing x update lagi..

* bila hati telah jatuh cinta..dpt buat sekejap pun jadilah hehe*

jatuh cinta ngan kraf kain felt

Su dah mula jatuh cinta ngan kraf kain felt...syok betul buat benda kecik2 nih kan..1 st time buat taklah kemas sangat tp bolehlah kan...

Jay tanya tak penat ke?..dia penat tgk su buat..yerlah benda nih kan kecik2...su buat brooch utk anak2..inilah hasil pertama "keras" tangan mama su...TARAAAAAA


kalau cantik..sila senyum..kalau tak cantik sila gelak slow2...baru first time...yg bentuk love ada huruf P tuh tuk kakak..yg ada tulis zahra mcm name tag tuh utk zahra...yg hello kitty tuh utk zahra si fanatik hello kitty..yg lain2 share2 yer...

HARI INI DLM SEJARAH BANGUN MEMASAK KOL 4 PAGI...mimpi ke ? hehe

Alhamdulillah...hari nih semuanya nk buat benda yg hari ini dlm sejarah..apa? masak? kol 4 am?
haha cam takcaya kan..yerlah nak masaklah nih..rasa cam nak masak lauk lemak labu..goreng ikan masin..masak nasi..yg lain tuh tak apa...tp tang ikan masin tuh..habislah org taman nih bau ikan masin pagi2 buta nih.

Jay skg demam euro kan..dia bangun tgk bola..su pun tersedar awal..nak tgk bola tak reti..bila dah terjaga teringatlah nak masak awal..esok hari pertama sekolah kan..malaslah nak kelam kabut..esok santai2 ajer kan..lagipun byk listing nak update..dahlah minggu nih ada meeting..sebelum kena sembur ngan boss baik buat kan..

Sepanjang Euro nih harap2 janganlah sekadar tgk bola ajer..buat2lah bekalan untuk akhirat nnt..bila dah terjaga tuh..tak reti2 nak berrtahjud...sila2 tahjud tak bertiket pun..tujuilah kemenangan..panjang plak mengomelkan..kata nak masak kan..bye nak masak jap..



jgn tertidor sudah...ngantoklah plaks ...huhu

Thursday, June 07, 2012

TIPS BEKERJA DARI RUMAH - Bagaimana untuk melayani kerenah anak2 sambil bekerja.

Ramai para ibu merungut tidak boleh bekerja dari rumah kerana mereka terpaksa melayani kerenah anak2 sepanjang hari. Tidak dinafikan pada awalnya Su juga menghadapi masalah yang sama, adakalanya kerja langsung tak dapat diselesaikan kerana terpaksa menumpukan perhatian kepada mereka.

Bak kata pepatah melayu "alah bisa tegal biasa" haha betul ke?..asal bunyi dah lah..ampunn kalau silap..

Su juga semakin kebal dan kalis bising...dah tak menjadi masalah bila buat kerja dalam keriuhan jeritan anak2. Setelah lama berusaha untuk mengatasi dan mengelak untuk rasa tension..bosan..dan sewaktunya...Su akhirnya menjumpai jalan keluar...diantara yang Su lakukan ialah

1. Mewujudkan suasana ofis didalam rumah...Su telah menggunakan ruang makan Su untuk dijadikan "home office" ( Nnt su tepek pic yer..rajin2lah baca sini...). Su sediakan setiap orang satu meja dan PC sendiri..apabila Su buat kerja mereka juga sibuk dengan kerja mereka. Alhamdulillah meja kerja Su tidak lagi kena kacau...yerlah masing2 dah ada meja kan. Su bg mereka tanggungjawab utuk mereka menjaga meja masing2.
- Mana pergi ruang makan?...kena share ngan ruang tamu lah ..huhu..x perlah rumah sempit sikit tapi hati sudah senang dan luas..yg penting hati kan..

2. Sama2 bermain dengan mereka...yg nih nak tahulah semua orang boleh buat atau tak..tapi Su praktik kan..Su akan sentiasa masukkan diri Su di alam mereka wpun sambil bekerja..mesti tak faham kan macam mana..okeylah Su bg cth

- Jika anak2 sedang bermain pondok2..Su akan ambil satu watak masa mereka bermain..
Biasanya Su akan ambil watak mudah spt cashier kedai atau sbg Boss bila mereka bermain ofis2..

Tapi pastikan anda berada di meja kerja anda lah...jgn plak ngada2 dok bersila sama2 main dalam pondok tuh...itu dah betul2 main tuh...hahaha..

.sambil2 Su buat kerja, Su akan bermain..so Su takkan buang masa, mereka pun faham. Tension pun boleh hilang tau..yerlah kalau masa kerja kat ofis dulu mana boleh main2 kan..main pondok2 lagi haha..best apa balik ke alam kanak2...sambil2 Su siapkan kerja..anak2 akan datang kat Su konon2 nak bayar duit...yg paling best main boss2..Su kononnya Boss..pastu bg diaorg kerja..ada dateline bagai..tp Su pakai homework diaorg..homework pun siap sambil main2..kreatif tak...

Adakalanya Su juga menari dan menyanyi bersama mereka. Bermainlah bersama mereka..hati pasti gembira. Cubalah.

3. Jgn anggap anak menyusahkan...menganggu dan sebagainya..anggap menjaga anak salah satu skop tugas penting. Kita buat kerja dari rumah ni pun sebab nak jaga mereka so tanggungjawab terhadap anak2 adalah amat besar.

Okeylah cukuplah 3 tips dulu yer..tulis panjang2 nnt penat nak baca kan...Su ada hutang gambar home office kan...nnt Su tepek yer...nnt jenguk selalu kat sini yer..jgnlah singgah sekali sekala..hari2 pun tak apa..


 

Wednesday, June 06, 2012

MASALAH???

Bila kita tinggal di alam REALITI mesti ada masalah, dugaan, tekanan atau apa2 ajerlah...bezanya masalah kecil ngan besar ajer...semua tuh NORMAL...

So bersyukurlah..rupa2nya kita ni NORMAL..kalau x de masalah langsung...anda sebenarnya TAK NORMAL atau sedang BERFANTASI.

Masker buatan sendiri...jimat..jimat..

Napa mama kata mama rajin hari nih...sbb...tetiba mama buat masker muka sendiri hahaha..

Mmg tak pernah sepanjang hidup buat benda rajin nih...hasilnya...tak tahu lagi..sbb masa nih masker tgh bertepek lagi kat muka nih..x leh senyum..rasa tegang jer kuit muka nih...

Camna nak buat masker?...

Susu tepung- amik zahra punyer..alah bukan byk pun 2 skop ajer..wangi plak bau honey nih..sbb zahra punyer susu honey flavour.

Telur- actually putih telur ajer...tetiba masa pecahkan tuh terpecah ngan kuning telur sekali...belasah jerlah...haha..

Pastu kacau2 sikit...ha apalagi tepeklah kat muka...bila dah kering..bolehlah basuh.

Mama nih ada masalah jeragat...maklumlah dah nak masuk ke usia senja..tak lama lagi boleh masuk kilauan emas poliden dah..huhu..muka cam kusam sikit...try meng google tetiba..jumpalah petua2 nak licinkan kulit..cubalah yg ada bahan dlm rumah nih...

Kena buat selalu kot..kalau sehari jer buat pastu mimpi nak cantik..tak jadilah kot..alamak..rajin ke nak buat esok dan seterusnya...entah..wait and see haha

Tuesday, June 05, 2012

2 buah homestay untuk disewa kat ruang tamu mama

Berpeluh mama nak pasang rangka rumah nih..kesian kat anak2 ikutkan juga...si kakak asyik bagi hint ajer bila nak bercuti..mama lak tak ada masa...akhirnya siaplah rumah budak2 nih..


Sorry juta2 kali yer kakak dan abang..mama ngan ayah tersgtlah busy..nnt kita cuti2 yer..hari nih cuti2 dalam umah dulu yer...

Adeihh seminggulah homestay nih akan terpacak kat ruang tamu nih..sesapa nk datang umah kena buat appointment yer...kalau tak SURPRISE...korang pun boleh tumpang main pondok2 sekali.

MAAFKAN SEMUA ORANG

Dengan hanya beberapa patah perkataan " saya minta maaf " atau "saya maafkan awak" akan memadam api kemarahan dan menghapuskan keegoan. MAAFKAN SEMUA ORANG DAN SENYUMLAH...rasailah keajaiban dan hati akan tenang.

Tips-tips UNTUK JADI ISTERI SOLEHAH

* Jangan sesekali anda meninggikan suara anda kepada suami anda.
* Dengar dengan penuh teliti dan sepenuh perhatian serta tidak berkata apa-apa (jika tidak ditanya) ketika suami anda sedang berbicara dengan anda.
* Jalankan tugasan rumahtangga dengan penuh amanah.
* Menjaga maruah keluarga dan status diri serta adab ketika berhadapan di khalayak ramai.
* Tidak... mengaibkan atau “membuka pekung di dada” tentang cerita-cerita mengenai hal peribadi anda dan suami dengan rakan-rakan anda.
* Sentiasa beri semangat dan motivasi kepada suami dalam kerjaya dan apa juga perancangan masa depan dia demi kebaikan bersama.
* Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami anda terlebih dahulu.
* Elakkan mencabar atau mengarah-arah suami anda untuk lakukan sesuatu perkara. Kaum lelaki ni, amat pantang jika ego mereka agak tercabar.

INSYAALLAH..

Jay Saya x layak utk menjanjikan apa2, selitkan doa untuk saya jadi isteri solehah didlm setiap doa awak...

Monday, June 04, 2012

Tazkirah solat bersama anak2

Smlm ada seisi tazkirah ngan anak2..citer bab2 solat..Su explain pada anak2 hukuman meninggalkan solat..lepas explain muka ammar tetiba berubah

mama: Abang takut?
Ammar: angguk tak bercakap...

pastu dia terus berlari g bilik air, mandi dan wuduk..actually bukan Ammar ajer yg takut..su yg bg tazkirah lagi takut..dia budak2..tak ada dosa..Su ni plak dh dewasa, dosa pun byk..budak2 yg tak ada dosa dgr terus nak segera solat, kita yg dewasa nih dgr ceramah, tazkirah, belajar masa sek dan mcm2 lagi tapi kkdg tak ambil berat pun...terdetik dlm hati..kita yg dewasa nih sepatutnya ada dan bertambah perasaan TAKUT PADA ALLAH S.W.T.

Wednesday, May 30, 2012

Tak ada meeting sepanjang cuti sekolah? Yes..yes..yes

Dapat msg, weekly meeting dibatalkan sepanjang cuti sekolah..tqvm boss kerana memahami golongan ibu2 seperti saya.

Baru jer nak bermula.

Harap2 adalah follower yang memberi sokongan untuk Su menulis dan terus menulis..Su mulakan dgn niat dari hati yg ikhlas.  Nak warm up jari dulu lah...hehe

Harap2 blog ni dapat memberi manfaat kepada pembaca

Su harap2 sangat Blog nih memberi faedah kpd pembaca..Su mmg seorang yg bersemangat..ntahlah mmg dari kecil..semangat sentiasa berkobar2..suka kalau tgk orang kita maju..kepada ibu2 yang membaca Su harap kita sama2 bersemangat nak meniti jalan ke Syurga..mmg bkn mudah..tp ganjarannya Indah.

Tetiba lak rajin nak update...

Cakkk...tetiba lak rajin nak update blog hari nih..nak kata mimpi semalam tak de plak...hehe.

Cuti sekolah dah start...mcm biasalah rutin kehidupan adalah berubah sikit..selalu pagi2 dah sunyi, bila tiba cuti sekolah rumah jadi bising start dari budak2 bangun tidur sampailah malam...su ada update kat FB pasal nih .

anak2 bising??..itu normal...
anak2 sepah rumah??..itu normal
anak2 suka main?? ..itu pun normal
anak2 suka ganggu mama dia buat kerja?? itu lagi normal..

Biarlah anak2 jalani kehidupan normal mereka..so sbg ibu biasakan diri buat kerja dalam suasana begini esp yg bekerja dari rumah..

tp...kita kenalah ajar mereka cara untuk jadi insan yg lebih baik ...

cth .

.jika terlalu bising..bgtau mereka kenapa tak perlu terlalu bising..bg sbb..spt akan menganggu jiran..

-jika rumah terlalu bersepah nnt takut terpijak mainan, kaki akan sakit..

Sebagai ibu perlu bijak menangani situasi..jgn jadikan diri seperti "boss" yg kejam..ttp jadikan diri sbg "idola" yg hebat...


Tp kkdg ada gak kuar suara tarzan..itu pun NORMAL HEHE. 

Tuesday, April 10, 2012

Menjadikan Harta Jambatan Ibadah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnnya bagi setiap
umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.”
Riwayat at-Tirmidzi

1. Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang.

2. Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan mengutamakan kehi...dupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat. Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian daripada Allah SWT untuk mengukur sama ada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah SWT.

3. Oleh itu setiap individu perlu berwaspada agar tidak menjadikan harta kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah SWT sebaliknya menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas bersungguh-sungguh kerana golongan seperti ini bukan sahaja akan beruntung di dunia bahkan mendapat ganjaran besar yang di akhirat kelak.

Monday, April 09, 2012

FORMULA KEJAYAAN

Kengkawan sila amalkan formula kejayaan ini di dalam kehidupan harian..
InsyaAllah kejayaan milik kita..tidak kira siapa diri anda samaada anda surirumah sepenuhmasa, surirumah yg bekerja dari rumah atau anda yang bekerja. Sepertimana yang pernah Su nyatakan sebelum ini...Kita adalah PERMATA..hanya perlu digilap shj untuk bersinar.

1. Keinginan

Untuk mencapai kejayaan anda perlu mempunyai keiginan bagi mencapai matlamat tersebut. Senaraikan apa yang anda mahukan dalam hidup anda..jangan takut gagal. Jika anda takut gagal, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa yang anda inginkan.

2. Keyakinan

Anda perlu yakin bahawa usaha anda akan berjaya..berusahalah dan bertawakal lah..ingat Allah sentiasa bersama kita. DIA maha mengetahui apa yang akan berlaku di hadapan..rezeki hak Allah..kita perlu berusaha.

3. Matlamat

Senaraikan matlamat anda..anda mesti tahu apa yang anda mahu..jangan hanya berpuas hati duduk di satu peringkat shj. Sekiranya anda bermatlamat untuk menjadi usahawan berjaya usahakan sehingga anda boleh berbangga dengan perniagaan anda. Contoh jika sekarang anda hanya membuat kek dari rumah..tetapkan satu matlamat bahawa satu hari nanti anda akan buka sebuah kedai kek. Semuanya tidak mustahil dengan usaha.

4. Tetapkan tempoh masa anda untuk mencapai apa yang anda mahukan

Anda mesti berjuang untuk mencapainya..tetapkan tempoh masa anda sendiri..cth 6 bln, 1 thn, 5 thn dsbgnya. InsyaAllah bila anda rasa perubahan yang berlaku, anda akan lebih bersemangat.

5. Perancangan yang rapi.

Sebelum memulakan sesuatu rancanglah dengan rapi..jangan terburu-buru, jangan terlalu menengar cakap2 orang tanpa meneliti modal, risiko atau apa shj rintangan dalam mencapai cita2.

6. Ilmu

Anda mesti mempunyai ilmu di dalam bidang yang anda ingin ceburi, mustahil anda akan berjaya tanpa ilmu..belajar dan terus belajar. Senaraikan ilmu yang perlu anda ada untuk memastikan perniagaan anda mampu bersaing. Cth ilmu perakaunan, jika anda tidak mahir sekurang2nya anda mesti tahu mengira untung dan rugi perniagaan anda.

7. Bina Gambaran

" A picture paints a thousand words". Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang atau 10 tahun dari sekarang. Berimaginasi dapat membantu anda membakar semangat . Ingat..jangan terlalu kuat berangan sehingga terlupa berusaha.

8 Janji pada diri sendiri

Tidak kira apa sahaja rintangan akan anda tempuhi..jangan sesekali berputus asa.Kegagalan juga adalah perintis untuk mencapai kejayaan. Anggaplah kegagalan lalu adalah pelajaran yang tiada nilainya.

9. Tawakkal

Setelah berusaha bersungguh2 bertawakallah kepada Allah S.W.T..ingatlah Allah sentiasa bersama..yakinlah. Berdoalah untuk perniagaan anda..jangan tinggal solat dhuha. Sekiranya anda berjaya jangan tinggalkan zakat dan infaq.

10. Apa tunggu lagi

Hehe apa tunggu lagi..mulakan langkah pertama anda...baca sahaja tanpa usaha pasti tidak akan berjaya...GOOD LUCK kengkawan.




Kaya Harta Dan Kaya Ilmu

 Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”

(al-Bukhari) 


Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

Larangan Menyombong Diri

 Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”.

Riwayat Muslim

Huraian
1. Sifa...t sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup.
2. Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesaan dirinya sendiri dan keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan.
3. Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan.


Jom tutup aurat

Kengkawan..jomlah kita tutup aurat sesempurna mungkin..definisi cantik seorang muslimah mmg tak akan sama dgn definisi cantik barat. Hidup kat dunia nih tak boleh mengharap pujian manusia..redha Allah lagi penting dari segalanya.

Su pun sebenarnya ingatkan diri sendiri juga nih..kkdg terbabas juga..jomlah pasang niat..mulai dari hari ini x mau lagi terbabas aurat..hanya mahram yg boleh lihat aurat saya..didalam mendisiplinkan diri menutup aurat kita perlukan sokongan..marilah kita tegur menegur diantara satu sama lain..biarkanlah zaman membuka aurat hanya tinggal "sejarah" pahit yg x akan dikenang lagi..su syg muslimah semua..syg sgt kat kengkawan..jom tutup aurat jom...


Saturday, April 07, 2012

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.
- Artikel iluvislam.com
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.
- Artikel iluvislam.com

KERJA APA YG BOLEH DIBUAT DARI RUMAH?..

Persoalan yang sentiasa bermain di minda ..boleh ke? okey ke? nak buat apa?..soalan yg lagi best ialah ada orang buat ke?..ish..ish..jgn asyik ikut org ajer tau..hanya kita yang tahu siapa diri kita..

Setiap diri kita adalah permata..hanya perlu digilap sahaja..tak cuba tak tahu..

Su nasihatkan agar anda kenali dulu bakat dan minat anda. Jangan tergesa-gesa membuat keputusan untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Anda mesti ingat situasi anda tidak sama dengan orang lain..anda perlu menjalankan pelbagai kerja termasuk kerja rumah. Anda perlu memasak, mencuci, menguruskan anak2 dan sebagainya. Jika anda membuat kerja yang anda tidak minat dan tidak suka..anda akan cepat bosan dan tertekan.

Perniagaan berdasarkan hobi dan minat anda biasanya akan lebih berjaya.

Cth.

1. Jika anda minat berkaitan fesyen..bukalah perniagaan yg berkaitan spt menjual pakaian, menjual tudung dsbnya..atau jika anda minat menjahit...anda boleh menerima tempahan jahitan. Siapa sangka anda juga mampu menjadi fesyen designer yg terkenal jika anda bijak menggilap bakat anda..hanya anda yg tentukan sehingga ke tahap mana anda akan membawa bakat dan minat anda. Kita kan permata..ingat tuh..kita sgt berharga..gilap dan gilap lagi.

2. Jika anda minat memasak anda boleh membuka perniagaan berkaitan makanan..ramai yang berjaya membuka perniagaan dari rumah dan berjaya.

3. Jika anda bijak dan berkelulusan tinggi anda boleh membuka perniagaan tuisyen di rumah..jangan persiakan apa yang telah anda miliki. Membuka kelas tuisyen tidak memerlukan modal yang tinggi Malah yang bekerja pun boleh lakukannya di hujung minggu sebagai side income.

4. Dan byk lagi..beribu2 jenis perniagaan..cuma perlu tanya diri sendiri dan kenali bakat dan kemahiran.

Bagaimana anda mahu kenali potensi diri dan minat anda..ada tips nyer..

- Cuba anda buat satu kerja yang anda rasa anda suka..dan lihat berapa lama anda boleh bertahan.

cth..jika anda minat menjahit..dan anda sanggup menghabiskan masa 3-4 jam tanpa rasa penat serta jemu maka jgnlah ragu2... anda mmg ada potensi untuk membuka perniagaan berkaitan jahitan..percayalah bila anda minat anda lupa akan erti penat.

OKEYLAH su stop dulu..macam su ceritakan td..perlu bertarung..hehe my assistant dah sampai untuk "membantu"...nnt mood menulis kelaut.






Anda sudah bersedia?

Tanya diri anda adakah anda bersedia bekerja dari rumah...
Jika jawapannya YA pastikan perkara2 BERIKUT telah anda selesaikan.

1. Meminta restu suami utuk bekerja dari rumah. Berbincanglah sebaiknya kerana keputusan untuk berhenti kerja bukanlah keputusan yg mudah, ia melibatkan masa depan anda.

2. Selesaikan segala hutang piutang esp hutang2 bank spt personal loan dan credit card. Apabila anda bekerja sendiri pendapatan anda tidak menentu..ingat..anda mahu membantu suami bukan membebankannya lagi.

3. Bersedia dari segi fizikal dan mental. Fizikal kena mantap..mental kena kuat..banyak dugaan tau..hehe saja ajer kan..dugaan dunia nih kecik ajer..setiap dugaan pasti ada ganjaran.

Perkara2 di atas bg Su amat penting untuk difikirkan..ramai orang yang Su temui tidak memikirkan  perkara2 asas tersebut yang akhirnya akan membawa perpecahan di dlm rumahtangga...Ingat Impian kita nak jadi isteri dan ibu mithali dan mendiami Firdausi..tak mau gaduh2 yer..

Jika anda sudah bersedia, bolehlah anda mulakan kerjaya sbg "SUPERMAMA" kerana  anda sekarang adalah isteri, ibu, dan boss kpd diri sendiri. INGAT..anda amat BERHARGA kerana bukan semua ibu boleh membelai anaknya 24 jam sehari.

JOM2 KITA "BERTARUNG" dgn "Assistant2 kita dirumah...GOOD LUCK.


Friday, April 06, 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Syukur Alhamdulillah...

Hari ni hari pertama Su menulis di blog ini. Blog ini akan menjadi blog motivasi terutama kepada para isteri dan ibu yg bekerja dari rumah. Su ingin berkongsi tips2 serta  pengalaman sbg ibu yg bekerja dari rumah. Doakan agar kita sentiasa bersama berkongsi rasa dalam melayari kehidupan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...