Setiap diri kita adalah permata..hanya perlu digilap sahaja..tak cuba tak tahu..
Su nasihatkan agar anda kenali dulu bakat dan minat anda. Jangan tergesa-gesa membuat keputusan untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Anda mesti ingat situasi anda tidak sama dengan orang lain..anda perlu menjalankan pelbagai kerja termasuk kerja rumah. Anda perlu memasak, mencuci, menguruskan anak2 dan sebagainya. Jika anda membuat kerja yang anda tidak minat dan tidak suka..anda akan cepat bosan dan tertekan.
Perniagaan berdasarkan hobi dan minat anda biasanya akan lebih berjaya.
Cth.
1. Jika anda minat berkaitan fesyen..bukalah perniagaan yg berkaitan spt menjual pakaian, menjual tudung dsbnya..atau jika anda minat menjahit...anda boleh menerima tempahan jahitan. Siapa sangka anda juga mampu menjadi fesyen designer yg terkenal jika anda bijak menggilap bakat anda..hanya anda yg tentukan sehingga ke tahap mana anda akan membawa bakat dan minat anda. Kita kan permata..ingat tuh..kita sgt berharga..gilap dan gilap lagi.
2. Jika anda minat memasak anda boleh membuka perniagaan berkaitan makanan..ramai yang berjaya membuka perniagaan dari rumah dan berjaya.
3. Jika anda bijak dan berkelulusan tinggi anda boleh membuka perniagaan tuisyen di rumah..jangan persiakan apa yang telah anda miliki. Membuka kelas tuisyen tidak memerlukan modal yang tinggi Malah yang bekerja pun boleh lakukannya di hujung minggu sebagai side income.
4. Dan byk lagi..beribu2 jenis perniagaan..cuma perlu tanya diri sendiri dan kenali bakat dan kemahiran.
Bagaimana anda mahu kenali potensi diri dan minat anda..ada tips nyer..
- Cuba anda buat satu kerja yang anda rasa anda suka..dan lihat berapa lama anda boleh bertahan.
cth..jika anda minat menjahit..dan anda sanggup menghabiskan masa 3-4 jam tanpa rasa penat serta jemu maka jgnlah ragu2... anda mmg ada potensi untuk membuka perniagaan berkaitan jahitan..percayalah bila anda minat anda lupa akan erti penat.
OKEYLAH su stop dulu..macam su ceritakan td..perlu bertarung..hehe my assistant dah sampai untuk "membantu"...nnt mood menulis kelaut.
No comments:
Post a Comment