Followers

Saturday, April 07, 2012

Anda sudah bersedia?

Tanya diri anda adakah anda bersedia bekerja dari rumah...
Jika jawapannya YA pastikan perkara2 BERIKUT telah anda selesaikan.

1. Meminta restu suami utuk bekerja dari rumah. Berbincanglah sebaiknya kerana keputusan untuk berhenti kerja bukanlah keputusan yg mudah, ia melibatkan masa depan anda.

2. Selesaikan segala hutang piutang esp hutang2 bank spt personal loan dan credit card. Apabila anda bekerja sendiri pendapatan anda tidak menentu..ingat..anda mahu membantu suami bukan membebankannya lagi.

3. Bersedia dari segi fizikal dan mental. Fizikal kena mantap..mental kena kuat..banyak dugaan tau..hehe saja ajer kan..dugaan dunia nih kecik ajer..setiap dugaan pasti ada ganjaran.

Perkara2 di atas bg Su amat penting untuk difikirkan..ramai orang yang Su temui tidak memikirkan  perkara2 asas tersebut yang akhirnya akan membawa perpecahan di dlm rumahtangga...Ingat Impian kita nak jadi isteri dan ibu mithali dan mendiami Firdausi..tak mau gaduh2 yer..

Jika anda sudah bersedia, bolehlah anda mulakan kerjaya sbg "SUPERMAMA" kerana  anda sekarang adalah isteri, ibu, dan boss kpd diri sendiri. INGAT..anda amat BERHARGA kerana bukan semua ibu boleh membelai anaknya 24 jam sehari.

JOM2 KITA "BERTARUNG" dgn "Assistant2 kita dirumah...GOOD LUCK.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...