Followers

Monday, April 09, 2012

FORMULA KEJAYAAN

Kengkawan sila amalkan formula kejayaan ini di dalam kehidupan harian..
InsyaAllah kejayaan milik kita..tidak kira siapa diri anda samaada anda surirumah sepenuhmasa, surirumah yg bekerja dari rumah atau anda yang bekerja. Sepertimana yang pernah Su nyatakan sebelum ini...Kita adalah PERMATA..hanya perlu digilap shj untuk bersinar.

1. Keinginan

Untuk mencapai kejayaan anda perlu mempunyai keiginan bagi mencapai matlamat tersebut. Senaraikan apa yang anda mahukan dalam hidup anda..jangan takut gagal. Jika anda takut gagal, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa yang anda inginkan.

2. Keyakinan

Anda perlu yakin bahawa usaha anda akan berjaya..berusahalah dan bertawakal lah..ingat Allah sentiasa bersama kita. DIA maha mengetahui apa yang akan berlaku di hadapan..rezeki hak Allah..kita perlu berusaha.

3. Matlamat

Senaraikan matlamat anda..anda mesti tahu apa yang anda mahu..jangan hanya berpuas hati duduk di satu peringkat shj. Sekiranya anda bermatlamat untuk menjadi usahawan berjaya usahakan sehingga anda boleh berbangga dengan perniagaan anda. Contoh jika sekarang anda hanya membuat kek dari rumah..tetapkan satu matlamat bahawa satu hari nanti anda akan buka sebuah kedai kek. Semuanya tidak mustahil dengan usaha.

4. Tetapkan tempoh masa anda untuk mencapai apa yang anda mahukan

Anda mesti berjuang untuk mencapainya..tetapkan tempoh masa anda sendiri..cth 6 bln, 1 thn, 5 thn dsbgnya. InsyaAllah bila anda rasa perubahan yang berlaku, anda akan lebih bersemangat.

5. Perancangan yang rapi.

Sebelum memulakan sesuatu rancanglah dengan rapi..jangan terburu-buru, jangan terlalu menengar cakap2 orang tanpa meneliti modal, risiko atau apa shj rintangan dalam mencapai cita2.

6. Ilmu

Anda mesti mempunyai ilmu di dalam bidang yang anda ingin ceburi, mustahil anda akan berjaya tanpa ilmu..belajar dan terus belajar. Senaraikan ilmu yang perlu anda ada untuk memastikan perniagaan anda mampu bersaing. Cth ilmu perakaunan, jika anda tidak mahir sekurang2nya anda mesti tahu mengira untung dan rugi perniagaan anda.

7. Bina Gambaran

" A picture paints a thousand words". Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang atau 10 tahun dari sekarang. Berimaginasi dapat membantu anda membakar semangat . Ingat..jangan terlalu kuat berangan sehingga terlupa berusaha.

8 Janji pada diri sendiri

Tidak kira apa sahaja rintangan akan anda tempuhi..jangan sesekali berputus asa.Kegagalan juga adalah perintis untuk mencapai kejayaan. Anggaplah kegagalan lalu adalah pelajaran yang tiada nilainya.

9. Tawakkal

Setelah berusaha bersungguh2 bertawakallah kepada Allah S.W.T..ingatlah Allah sentiasa bersama..yakinlah. Berdoalah untuk perniagaan anda..jangan tinggal solat dhuha. Sekiranya anda berjaya jangan tinggalkan zakat dan infaq.

10. Apa tunggu lagi

Hehe apa tunggu lagi..mulakan langkah pertama anda...baca sahaja tanpa usaha pasti tidak akan berjaya...GOOD LUCK kengkawan.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...