Sarapan pagi adalah suatu perkara yang sepatutnya
dijadikan kelaziman pada setiap hari. Ia merupakan satu kemestian yang
tidak boleh dipandang enteng. Pengambilan sarapan pagi akan membekalkan
tenaga agar dapat menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan
cergas dan produktif.
Barangkali
ramai di antara kita yang tidak menyedari akan kepentingan sarapan pagi
kepada kesihatan tubuh badan. Memulakan hari dengan mengalaskan perut
adalah penting bagi membantu seseorang itu cergas, berfikir dengan
cerdas, aktif dan menjadi penentu kepada suasana sepanjang hari
tersebut. Makanan sebagai pemula itu akan menjadi penjana tenaga untuk
kegiatan seseorang sepanjang hari.
Apabila kita
bangun daripada tidur, aras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi,
dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan
pagi akan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk memulakan hari dengan
cergas.
Ini kerana, badan kita memerlukan glukosa dalam darah untuk menjana
tenaga. Glukosa pula dapat diperolehi daripada makanan yang kita makan.
Jika bekalan glukosa ke otak mencukupi, ia membuatkan seseorang cerdas,
cergas dan aktif. Tetapi jika glukosa tidak mencukupi dalam badan, maka
seseorang akan menjadi tidak aktif, otak mudah letih, malas dan tidak
berupaya menjalankan aktiviti seharian dengan jayanya.
Kaitan sarapan pagi dengan kesihatan badan tidak
dapat dinafikan kepentingannya. Ia bukan sekadar momokan untuk mengisi
perut tetapi sarapan pagi juga terbukti untuk mengurangkan berat badan
seseorang. Satu kajian dalam Jurnal Penyelidikan Obesiti mendapati
bahawa sebanyak 78 peratus daripada responden telah berjaya mengurangkan
berat badan dan mengekalkan berat badan hasil daripada pengambilan
sarapan pagi secara berterusan.
Justeru itu, sarapan pagi bukan sekadar untuk menambahkan tenaga tetapi
juga dapat menimbulkan "mood" yang baik, menghasilkan sikap yang
positif, mental yang baik dan juga membantu untuk seseorang yang
menjaga penampilan badan.
Sarapan pagi
tidak dapat digantikan dengan makan tengah hari. Oleh itu cuba
usahakan juga mencari waktu untuk bersarapan pagi walaupun hanya dengan
segelas susu. Makan lebih pada waktu tengah hari juga tidak dapat
menggantikan keistimewaan bagi yang bersarapan pagi. Ini kerana tabiat
ini juga akan menimbulkan masalah kesihatan. Tidak mengambil makanan
pada waktu pagi bermakna seseorang telah "skip meal" yang menyebabkan
kecenderungan makan lebih banyak selepas itu. Ini disebabkan tahap
kelaparan yang tinggi akibat tidak mengambil sebarang makanan pada waktu
sebelumnya menyumbang kepada makan lebih banyak karbohidrat yang dapat
memberikan tenaga. Situasi inilah yang menyebabkan seseorang mengambil
kalori yang berlebihan dan akhirnya menyumbang kepada masalah obesiti.
Tidak mengambil sarapan pagi tidak akan bermakna seseorang akan menjadi langsing. Ada segelintir berpendapat bahawa sarapan pagi hanya akan menyebabkan gemuk. Tanggapan picisan ini menyebabkan mereka tidak mengambil sarapan pagi. Mereka telah membuat kesilapan yang besar kerana menganggap pengambilan makanan pada waktu sarapan pagi akan menyebabkan peningkatan dalam pengambilan kalori. Tetapi hakikatnya, sarapan pagi dapat mengelakkan seseorang makan berlebihan apabila tiba waktu makan tengahari
Okey stop dulu..panjang benor infonya..kang boring plak nak baca..nnt su update apa yg su mkn tika sarapan pagi atau bersahur..yg nih diet islamic..puasa isnin khamis..gantilah dgn sahur..sbnrnya sahur tuh lebih kurang sarapanlah..tapi sunatlah dilewatkan.
Esok punyer sahur. aka sarapan akan diupdate ..Insha Allah