Followers

Tuesday, September 25, 2012

Rahsia hidup positif - Berhenti menangisi masa lampau...


Salah satu rahsia untuk hidup positif ialah berhenti menangisi dan meratapi kenangan masa lampau...
Selain dari program diet yang akan Su lakukan bersungguh2, Su juga nak cuci minda yg dah lama sangat berkarat nih..

Tapi kini Su mahu berubah..Su ingin melupakan sejarah sedih dalam hidup Su.Su tak boleh hidup lagi dizaman itu..zaman hidup susah masa kecil..jika Su ingat Su akan menyimpan dendam kepada byk pihak..kenapa perlu Su simpan semua tuh?..bukan boleh bertukar mnjadi emas..betul tak?.

.Lagipun mak sudahpun meninggal dunia, sebelum ini Su benci kepada org2 yang pernah menyakiti mak, tapi mak sudah tiada, mengapa Su pula yg ingin menyimpan dendam...mengapa Su perlu menyakiti hati sendiri, sedangkan mereka2 nih gembira, daripada Su membuang masa memikirkan mereka lebih baik Su hargai hidup ini...semoga Mak mendapat ganjaran atas kesabaran hidupnya.

Su nak hidup masakini..Allah s.w.t Maha penyayang dan Maha pengasih..kesedihan Su telah ditukar dengan kegembiraan..Su dianugerahi suami dan anak2 yang menyenangkan serta keluarga yang membahagiakan..

Su ingin mensyukuri nikmat yang Allah berikan..Su ingin melalui kehidupan dengan perasaan gembira, Su akan terus menghargai kehidupan ini.

2012 hampir melabuhkan tirai, tidak banyak kejayaan yang Su kecapi tahun nih..Su tak mahu sia-siakan baki beberapa bulan nih..Su perlu buat sesuatu untuk capai sekurang2nya satu kejayaan yg membanggakan. Untuk mencapai kejayaan Su perlu cuci bersih sampai berkilat minda nih..buang semua yang negatif..hingga tidak ada setitik pun yang tinggal..InsyaAllah ..dengan izin Allah pasti boleh berjaya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...