Followers

Tuesday, April 10, 2012

Menjadikan Harta Jambatan Ibadah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnnya bagi setiap
umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.”
Riwayat at-Tirmidzi

1. Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang.

2. Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan mengutamakan kehi...dupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat. Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian daripada Allah SWT untuk mengukur sama ada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah SWT.

3. Oleh itu setiap individu perlu berwaspada agar tidak menjadikan harta kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah SWT sebaliknya menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas bersungguh-sungguh kerana golongan seperti ini bukan sahaja akan beruntung di dunia bahkan mendapat ganjaran besar yang di akhirat kelak.

Monday, April 09, 2012

FORMULA KEJAYAAN

Kengkawan sila amalkan formula kejayaan ini di dalam kehidupan harian..
InsyaAllah kejayaan milik kita..tidak kira siapa diri anda samaada anda surirumah sepenuhmasa, surirumah yg bekerja dari rumah atau anda yang bekerja. Sepertimana yang pernah Su nyatakan sebelum ini...Kita adalah PERMATA..hanya perlu digilap shj untuk bersinar.

1. Keinginan

Untuk mencapai kejayaan anda perlu mempunyai keiginan bagi mencapai matlamat tersebut. Senaraikan apa yang anda mahukan dalam hidup anda..jangan takut gagal. Jika anda takut gagal, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa yang anda inginkan.

2. Keyakinan

Anda perlu yakin bahawa usaha anda akan berjaya..berusahalah dan bertawakal lah..ingat Allah sentiasa bersama kita. DIA maha mengetahui apa yang akan berlaku di hadapan..rezeki hak Allah..kita perlu berusaha.

3. Matlamat

Senaraikan matlamat anda..anda mesti tahu apa yang anda mahu..jangan hanya berpuas hati duduk di satu peringkat shj. Sekiranya anda bermatlamat untuk menjadi usahawan berjaya usahakan sehingga anda boleh berbangga dengan perniagaan anda. Contoh jika sekarang anda hanya membuat kek dari rumah..tetapkan satu matlamat bahawa satu hari nanti anda akan buka sebuah kedai kek. Semuanya tidak mustahil dengan usaha.

4. Tetapkan tempoh masa anda untuk mencapai apa yang anda mahukan

Anda mesti berjuang untuk mencapainya..tetapkan tempoh masa anda sendiri..cth 6 bln, 1 thn, 5 thn dsbgnya. InsyaAllah bila anda rasa perubahan yang berlaku, anda akan lebih bersemangat.

5. Perancangan yang rapi.

Sebelum memulakan sesuatu rancanglah dengan rapi..jangan terburu-buru, jangan terlalu menengar cakap2 orang tanpa meneliti modal, risiko atau apa shj rintangan dalam mencapai cita2.

6. Ilmu

Anda mesti mempunyai ilmu di dalam bidang yang anda ingin ceburi, mustahil anda akan berjaya tanpa ilmu..belajar dan terus belajar. Senaraikan ilmu yang perlu anda ada untuk memastikan perniagaan anda mampu bersaing. Cth ilmu perakaunan, jika anda tidak mahir sekurang2nya anda mesti tahu mengira untung dan rugi perniagaan anda.

7. Bina Gambaran

" A picture paints a thousand words". Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang atau 10 tahun dari sekarang. Berimaginasi dapat membantu anda membakar semangat . Ingat..jangan terlalu kuat berangan sehingga terlupa berusaha.

8 Janji pada diri sendiri

Tidak kira apa sahaja rintangan akan anda tempuhi..jangan sesekali berputus asa.Kegagalan juga adalah perintis untuk mencapai kejayaan. Anggaplah kegagalan lalu adalah pelajaran yang tiada nilainya.

9. Tawakkal

Setelah berusaha bersungguh2 bertawakallah kepada Allah S.W.T..ingatlah Allah sentiasa bersama..yakinlah. Berdoalah untuk perniagaan anda..jangan tinggal solat dhuha. Sekiranya anda berjaya jangan tinggalkan zakat dan infaq.

10. Apa tunggu lagi

Hehe apa tunggu lagi..mulakan langkah pertama anda...baca sahaja tanpa usaha pasti tidak akan berjaya...GOOD LUCK kengkawan.

Kaya Harta Dan Kaya Ilmu

 Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”

(al-Bukhari) 

Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

Larangan Menyombong Diri

 Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”.

Riwayat Muslim

Huraian
1. Sifa...t sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup.
2. Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesaan dirinya sendiri dan keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan.
3. Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan.

Jom tutup aurat

Kengkawan..jomlah kita tutup aurat sesempurna mungkin..definisi cantik seorang muslimah mmg tak akan sama dgn definisi cantik barat. Hidup kat dunia nih tak boleh mengharap pujian manusia..redha Allah lagi penting dari segalanya.

Su pun sebenarnya ingatkan diri sendiri juga nih..kkdg terbabas juga..jomlah pasang niat..mulai dari hari ini x mau lagi terbabas aurat..hanya mahram yg boleh lihat aurat saya..didalam mendisiplinkan diri menutup aurat kita perlukan sokongan..marilah kita tegur menegur diantara satu sama lain..biarkanlah zaman membuka aurat hanya tinggal "sejarah" pahit yg x akan dikenang lagi..su syg muslimah semua..syg sgt kat kengkawan..jom tutup aurat jom...

Saturday, April 07, 2012

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.
- Artikel iluvislam.com

KERJA APA YG BOLEH DIBUAT DARI RUMAH?..

Persoalan yang sentiasa bermain di minda ..boleh ke? okey ke? nak buat apa?..soalan yg lagi best ialah ada orang buat ke?..ish..ish..jgn asyik ikut org ajer tau..hanya kita yang tahu siapa diri kita..

Setiap diri kita adalah permata..hanya perlu digilap sahaja..tak cuba tak tahu..

Su nasihatkan agar anda kenali dulu bakat dan minat anda. Jangan tergesa-gesa membuat keputusan untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Anda mesti ingat situasi anda tidak sama dengan orang lain..anda perlu menjalankan pelbagai kerja termasuk kerja rumah. Anda perlu memasak, mencuci, menguruskan anak2 dan sebagainya. Jika anda membuat kerja yang anda tidak minat dan tidak suka..anda akan cepat bosan dan tertekan.

Perniagaan berdasarkan hobi dan minat anda biasanya akan lebih berjaya.

Cth.

1. Jika anda minat berkaitan fesyen..bukalah perniagaan yg berkaitan spt menjual pakaian, menjual tudung dsbnya..atau jika anda minat menjahit...anda boleh menerima tempahan jahitan. Siapa sangka anda juga mampu menjadi fesyen designer yg terkenal jika anda bijak menggilap bakat anda..hanya anda yg tentukan sehingga ke tahap mana anda akan membawa bakat dan minat anda. Kita kan permata..ingat tuh..kita sgt berharga..gilap dan gilap lagi.

2. Jika anda minat memasak anda boleh membuka perniagaan berkaitan makanan..ramai yang berjaya membuka perniagaan dari rumah dan berjaya.

3. Jika anda bijak dan berkelulusan tinggi anda boleh membuka perniagaan tuisyen di rumah..jangan persiakan apa yang telah anda miliki. Membuka kelas tuisyen tidak memerlukan modal yang tinggi Malah yang bekerja pun boleh lakukannya di hujung minggu sebagai side income.

4. Dan byk lagi..beribu2 jenis perniagaan..cuma perlu tanya diri sendiri dan kenali bakat dan kemahiran.

Bagaimana anda mahu kenali potensi diri dan minat anda..ada tips nyer..

- Cuba anda buat satu kerja yang anda rasa anda suka..dan lihat berapa lama anda boleh bertahan.

cth..jika anda minat menjahit..dan anda sanggup menghabiskan masa 3-4 jam tanpa rasa penat serta jemu maka jgnlah ragu2... anda mmg ada potensi untuk membuka perniagaan berkaitan jahitan..percayalah bila anda minat anda lupa akan erti penat.

OKEYLAH su stop dulu..macam su ceritakan td..perlu bertarung..hehe my assistant dah sampai untuk "membantu"...nnt mood menulis kelaut.

Anda sudah bersedia?

Tanya diri anda adakah anda bersedia bekerja dari rumah...
Jika jawapannya YA pastikan perkara2 BERIKUT telah anda selesaikan.

1. Meminta restu suami utuk bekerja dari rumah. Berbincanglah sebaiknya kerana keputusan untuk berhenti kerja bukanlah keputusan yg mudah, ia melibatkan masa depan anda.

2. Selesaikan segala hutang piutang esp hutang2 bank spt personal loan dan credit card. Apabila anda bekerja sendiri pendapatan anda tidak menentu..ingat..anda mahu membantu suami bukan membebankannya lagi.

3. Bersedia dari segi fizikal dan mental. Fizikal kena mantap..mental kena kuat..banyak dugaan tau..hehe saja ajer kan..dugaan dunia nih kecik ajer..setiap dugaan pasti ada ganjaran.

Perkara2 di atas bg Su amat penting untuk difikirkan..ramai orang yang Su temui tidak memikirkan  perkara2 asas tersebut yang akhirnya akan membawa perpecahan di dlm rumahtangga...Ingat Impian kita nak jadi isteri dan ibu mithali dan mendiami Firdausi..tak mau gaduh2 yer..

Jika anda sudah bersedia, bolehlah anda mulakan kerjaya sbg "SUPERMAMA" kerana  anda sekarang adalah isteri, ibu, dan boss kpd diri sendiri. INGAT..anda amat BERHARGA kerana bukan semua ibu boleh membelai anaknya 24 jam sehari.

JOM2 KITA "BERTARUNG" dgn "Assistant2 kita dirumah...GOOD LUCK.

Friday, April 06, 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Syukur Alhamdulillah...

Hari ni hari pertama Su menulis di blog ini. Blog ini akan menjadi blog motivasi terutama kepada para isteri dan ibu yg bekerja dari rumah. Su ingin berkongsi tips2 serta  pengalaman sbg ibu yg bekerja dari rumah. Doakan agar kita sentiasa bersama berkongsi rasa dalam melayari kehidupan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...