Ramai para ibu merungut tidak boleh bekerja dari rumah kerana mereka terpaksa melayani kerenah anak2 sepanjang hari. Tidak dinafikan pada awalnya Su juga menghadapi masalah yang sama, adakalanya kerja langsung tak dapat diselesaikan kerana terpaksa menumpukan perhatian kepada mereka.
Bak kata pepatah melayu "alah bisa tegal biasa" haha betul ke?..asal bunyi dah lah..ampunn kalau silap..
Su juga semakin kebal dan kalis bising...dah tak menjadi masalah bila buat kerja dalam keriuhan jeritan anak2. Setelah lama berusaha untuk mengatasi dan mengelak untuk rasa tension..bosan..dan sewaktunya...Su akhirnya menjumpai jalan keluar...diantara yang Su lakukan ialah
1. Mewujudkan suasana ofis didalam rumah...Su telah menggunakan ruang makan Su untuk dijadikan "home office" ( Nnt su tepek pic yer..rajin2lah baca sini...). Su sediakan setiap orang satu meja dan PC sendiri..apabila Su buat kerja mereka juga sibuk dengan kerja mereka. Alhamdulillah meja kerja Su tidak lagi kena kacau...yerlah masing2 dah ada meja kan. Su bg mereka tanggungjawab utuk mereka menjaga meja masing2.
- Mana pergi ruang makan?...kena share ngan ruang tamu lah ..huhu..x perlah rumah sempit sikit tapi hati sudah senang dan luas..yg penting hati kan..
2. Sama2 bermain dengan mereka...yg nih nak tahulah semua orang boleh buat atau tak..tapi Su praktik kan..Su akan sentiasa masukkan diri Su di alam mereka wpun sambil bekerja..mesti tak faham kan macam mana..okeylah Su bg cth
- Jika anak2 sedang bermain pondok2..Su akan ambil satu watak masa mereka bermain..
Biasanya Su akan ambil watak mudah spt cashier kedai atau sbg Boss bila mereka bermain ofis2..
Tapi pastikan anda berada di meja kerja anda lah...jgn plak ngada2 dok bersila sama2 main dalam pondok tuh...itu dah betul2 main tuh...hahaha..
.sambil2 Su buat kerja, Su akan bermain..so Su takkan buang masa, mereka pun faham. Tension pun boleh hilang tau..yerlah kalau masa kerja kat ofis dulu mana boleh main2 kan..main pondok2 lagi haha..best apa balik ke alam kanak2...sambil2 Su siapkan kerja..anak2 akan datang kat Su konon2 nak bayar duit...yg paling best main boss2..Su kononnya Boss..pastu bg diaorg kerja..ada dateline bagai..tp Su pakai homework diaorg..homework pun siap sambil main2..kreatif tak...
Adakalanya Su juga menari dan menyanyi bersama mereka. Bermainlah bersama mereka..hati pasti gembira. Cubalah.
3. Jgn anggap anak menyusahkan...menganggu dan sebagainya..anggap menjaga anak salah satu skop tugas penting. Kita buat kerja dari rumah ni pun sebab nak jaga mereka so tanggungjawab terhadap anak2 adalah amat besar.
Okeylah cukuplah 3 tips dulu yer..tulis panjang2 nnt penat nak baca kan...Su ada hutang gambar home office kan...nnt Su tepek yer...nnt jenguk selalu kat sini yer..jgnlah singgah sekali sekala..hari2 pun tak apa..